Friday, May 08, 2015

SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam!


Pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam meminta pengawalan jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam telah bocor dan tersebar.

SPA

Salinan yang diterima itu mendapati pembekuan pengambilan kakitangan awam dikatakan berkuatkuasa mulai 22 April lalu atas tujuan untuk mengoptimumkan pengunaan sumber manusia yang sedia ada.

Pembekuan itu melibatkan semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan.

Ia diputuskan semasa Sesi Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha Negara dengan Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan pada 18 Mac lalu.

Daripada pekeliling yang ditujukan kepada Pengerusi SPA , Tan Sri Mahmood Adam yang diterima pejabat beliau pada 23 April lalu, penangguhan itu boleh dikecualikan atas beberapa sebab tertentu.

Antaranya ialah sekiranya terdapat situasi seperti urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temu duga untuk proses pelantikan dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra-perkhidmatan dan pelantikan pelatih yang telah berjaya mengikuti program pra-perkhidmatan tertakluk kepada pengesahan kekosongan jawatan sedia ada.

awam

Tidak dinyatakan sehingga bila pembekuan itu akan dikuat-kuasakan.

Malaysia sebelum ini dilaporkan mempunyai jumlah kakitangan awam yang paling tertinggi di dunia iaitu sebanyak 1.4 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.

Jumlah yang tinggi itu dipercayai menjadi penyebab mengapa kakitangan awam baru tidak dapat ditambah dalam masa terdekat ini.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Kritik Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib!

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon