Monday, June 03, 2013

Gadis Bunuh Diri Hanya Kerana Rambut Tersilap Potong

Gadis Bunuh Diri Hanya Kerana Rambut Tersilap Potong

Seorang pekerja kilang, Frankie Warren, 26, dipercayai membunuh diri selepas dilaporkan hilang pada Rabu lalu kerana tidak berpuas hati dengan potongan rambutnya.

Frankie Warren

Menurut polis, Frankie tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental dan menghilangkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang.

Keretanya ditemui di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 80 batu dari rumahnya manakala mayat Frankie dijumpai dalam hutan.

Dalam pada itu, pengurus kilang di mana Frankie bekerja memberitahu, mendiang telah memotong rambutnya beberapa minggu lalu, namun dia tidak berpuas hati dengan potongan tersebut.

“Frankie amat sedih kerana rambut yang dipotongnya tidak memenuhi kehendaknya dan dia menjadi amat murung.

“Dia kemudiannya beberapa kali berulang ke kedai gunting, namun rambutnya semakin teruk,’’ katanya.

Perkara itu turut diakui oleh ibu bapa Frankie iaitu Kiera dan Margerie.

Sementara teman lelakinya, Sam Cotton, 27, yang turut menyertai usaha mengesan mangsa ketika dia dilaporkan hilang berkata, Frankie tidak pernah menghilangkan diri sebelum ini.

“Ia bukan karakternya menghilangkan diri,’’ katanya.

-Mynewshub

Saturday, May 18, 2013

Ibu Sanggup Jual Diri Demi Sara Dua Anak

Ibu Sanggup Jual Diri Demi Sara Dua Anak

Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.


Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya.

Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.

Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.

“Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan sesuap nasi.

“Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu,” katanya sewaktu ditemui media di sini.

Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja ‘haram’ itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah.

Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai ‘port’ maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.

“Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.

“Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu,” katanya.

Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita.

Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.

“Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.

“Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.

“Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

“Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.

“Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak,” katanya.

Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.

“Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.

“Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.

“Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

–SinarHarian

Wednesday, April 24, 2013

Cara Perkahwinan Paling Mengarut Di Dunia

Cara Perkahwinan Paling Mengarut Di Dunia

Mungkin mereka ingin melakukan atau mencatat sejarah dan tersenarai dalam Book Of Record itu sebabnya mereka memilih majlis perkahwinan pelik dan luar biasa seperti ini.

Ada yang menyusahkan, menakutkan dan menyakitkan dalam majlis perkahwinan luar biasa seperti ini.

BACA INI JUGA: Di Manakah Terletaknya G-Spot Wanita?

[Sumber]

Sunday, April 21, 2013

Ditangkap Hanya Kerana Bersiul

Ditangkap Hanya Kerana Bersiul

Tanpa disangka perbuatan bersiul boleh menyebabkan orang dikenakan hukuman. Tindakan itu telah dialami oleh seorang lelaki AS bernama Robert Smith, apabila dia di penjara gara-gara perbuatannya yang gemar bersiul di jalanan.


Lelaki yang lebih dikenali sebagai ‘The Whistler’ itu dijatuhkan hukuman kerana perbuatannya yang sering bersiul dengan kuat sambil berjalan telah dianggap mengganggu para pejalan kaki yang lain.

Perbuatan Smith yang suka bersiul setiap hari itu bukan hanya mengganggu pejalan kaki, bahkan juga menganggu perniagaan beberapa kedai di Portland, Amerika. Para pemilik kedai bahkan telah mengajukan keluhan mereka kepada pihak polis berkaitan Robert gemar yang bersiul dengan kuat.

Kebiasaan bersiul lelaki 32 tahun ini pada mulanya dilakukan secara tidak sengaja. Ketika itu, Robert gemar menghabiskan waktu untuk berjalan sambil mendengar musik melalui headphone yang dipakainya. Kemudian, dia pun mula bersiul tanpa sedar.

“Saya fikir, siulan saya kedengaran cukup hebat..Dan saya lakukan itu hampir setiap hari,” katanya. “Saya di sini bukan untuk menjadi penyiul terbaik di dunia. Tapi saya hanya cuba untuk membuatkan orang tersenyum,” tambahnya.

Dia pun menyatakan bahawa kemampuannya untuk bersiul merupakan hadiah dari Tuhan. “Itu datang dari Tuhan. Tuhan menunjukkan kepada saya bahwa bersiul merupakan perkara yang biasa,” katanya lagi.

Kerana kegemaran uniknya, Robert cukup dikenali di ibu kota Portland dan sering muncul di blog-blog online, video dan foto. Namun, akibat dari hobinya itu rupanya tidak dapat menjauhkan dirinya daripada jeriji penjara.



Pada bulan Mei tahun lalu, dia dipanggil oleh pihak berwajib kerana dilaporkan mengganggu ketenteraman awam. Dua bulan kemudian, dia ditangkap kerana bersiul di hadapan Starbucks.

Bukan 'The Whistler' namanya kalau asyik menyerah pada ancaman polis. Robert pun menentang polis dengan mengatakan, “Awak boleh menangkap saya sebanyak seribu kali, namun setelah saya keluar dari penjara, saya akan tetap bersiul.”

Namun, hakim tempatan telah menjatuhkannya hukuman dan memerintahkannya untuk bersiul ketika ia berjalan saja – untuk mencegahnya bersiul di satu tempat terlalu lama.

[Sumber]

Thursday, April 11, 2013

Penagih Bodoh Sumbat Belut Melalui Dubur

Penagih Bodoh Sumbat Belut Melalui Dubur

Seorang penagih menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Imej sinar-X menunjukkan belut dalam perut lelaki itu.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.”

Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis.

-Daily Mail

Tuesday, April 09, 2013

Dua Ahli Sihir Wanita Di Seksa Sebelum Kena Pancung

Dua Ahli Sihir Wanita Di Seksa Sebelum Kena Pancung

Dua wanita didakwa pengamal ilmu sihir dipancung kepala selepas diseksa selama tiga hari oleh penduduk di sebuah perkampungan dalam Papua New Guinea, semalam.

Gambar hiasan

Menurut pegawai polis Bougainville, Herman Birengka, tindakan yang dianggap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan itu bermula selepas kedua-dua wanita berkenaan ditangkap pada Selasa lalu oleh ahli keluarga bekas guru yang meninggal dunia baru-baru ini.

Pembunuhan kejam itu berlaku sehari selepas enam wanita yang didakwa sebagai ahli sihir diseksa dengan seterika panas sebagai balasankorban dalam wilayah Pergunungan Selatan.

-AP

Monday, April 08, 2013

Wanita Kuruskan Badan Semata-mata Kerana Seks

Wanita Kuruskan Badan Semata-mata Kerana Seks

Seorang gadis, Charlotte Royce, 25, sanggup mengurangkan berat badannya semata-mata untuk menjalin hubungan seks, lapor sebuah akhbar.


Ketika berumur 21 tahun, Charlotte mempunyai berat badan 139.70 kilogram dan dia melakukan diet sehingga berjaya mengurangkan separuh daripada berat badannya itu.

Sejak saya menjadi langsing, saya menjadi daya tarikan ramai lelaki. Itulah senario dunia yang kita hadapi kini, kata gadis itu yang bekerja sebagai wakil jualan.

Enam bulan lalu, dia hilang dara kepada seorang lelaki yang dikenalinya ketika bercuti di Marbella. Dia berikrar mengurangkan berat badan selepas menemui seorang lelaki dalam satu temu janji ketika berat badannya 139.70 kilogram.

Raut wajah lelaki itu berubah apabila dia melihat saya tetapi dia bercakap jujur dengan menyatakan pilihan hatinya ialah perempuan yang langsing, katanya.

Menurutnya, dia kemudian berdiet, melakukan senaman dan berjalan selepas waktu kerja sehingga berat badannya berkurangan.

[Sumber]

Friday, April 05, 2013

Lelaki Kemaruk Jadi Ikan Duyung

Lelaki Kemaruk Jadi Ikan Duyung

Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Pelbagai gaya Ducharme sebagai ikan duyung.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.

Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.

“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.

“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.

Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.

Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.

“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.

“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya.

-The Sun

Thursday, April 04, 2013

Pesara Buta Huruf Didenda Membaca Dan Menulis

Pesara Buta Huruf Didenda Membaca Dan Menulis

Disebabkan tidak mengundi dalam pilihan raya koperatif di kampungnya di Kutahya, barat laut Turki. Seorang pesara buta diperintahkan mengikuti kursus membaca dan menulis selama 26 hari di sebuah perpustakaan tahun lalu.


"Para pendakwa di Kutahya mengarahkan Ismail Canseven, 74 tahun, menghadiri kursus itu selepas beliau tidak keluar mengundi bagi memilih lembaga pengarah koperatif", kata anaknya, Isa Canseven, 43 tahun.

"Apa yang saya nak buat diperpustakaan? Kedua-dua mata saya buta. Lagipun, saya pun tidak tahu membaca dan menulis", rungut Ismail.

-SP

Monday, April 01, 2013

Wanita Bunuh Diri Berang Ibu Mertua Dukung Anak

Wanita Bunuh Diri Berang Ibu Mertua Dukung Anak

Seorang wanita, Tutun, 24, mati selepas minum racun serangga apabila mengetahui anak tunggalnya didukung ibu mertuanya, semalam.


Suami wanita itu, Didik, sempat membawanya ke hospital di daerah di Jawa Timur ini tetapi dia gagal diselamatkan.

Seorang jiran berkata: “Tutun sering cuba membunuh diri. Semalam, dia melakukannya lagi dan akhirnya mati selepas minum racun serangga.” Ketua polis tempatan Ipda Warsih berkata, hasil siasatan menunjukkan wanita itu mengalami tekanan jiwa.

“Dia sering mengancam membunuh diri sekiranya melihat anaknya didukung ibu mertuanya. Punca dia begitu marah dengan ibu suaminya tidak diketahui,” kata Ipda.

-Kompas

Saturday, March 30, 2013

Model Brazil Susukan Anak Kambing Dikutuk

Model Brazil Susukan Anak Kambing Dikutuk

Seorang model dari Brazil, Sabrina Boing Boing, mencetuskan kontroversi dan kejutan di negara berkenaan apabila dia memuat naik gambar dia cuba menyusukan seekor anak lembu dalam Instagram.


Bagaimanapun percubaan Boing Boing itu tidak berjaya. Ini kerana sukar bagi anak lembu berkenaan untuk menghisap susunya.

Tindakan model yang menggelar diri sebagai pencinta binatang tersebut bagaimanapun dikutuk oleh penduduk Brazil.

Mereka menyifatkan perbuatannya itu sebagai menjijikkan dan `sakit’. Namun tidak kurang pula yang berpendapat anak lembu itu sebagai bertuah.

Ini bukan kali pertama Boing Boing melakukan perbuatan yang menyebabkan orang ramai memandang sinis kepadanya.

Minggu lepas, Boing Boing memuat naik gambar dia sedang memberi makan kepada burung unta dalam Instagram.

Dalam gambar berkenaan, Boing Boing meletakkan buah di celah payu daranya sebelum memberi makan kepada burung unta tersebut.

Bagaimanapun nampaknya Boing Boing atau nama sebenarnya Sabrina Almeida gembira dengan kontroversi yang diraihnya itu.

“Ada sesetengah perkara tidak perlu masuk akal, ia berbaloi,’’ katanya.

-Mynewshub

Tuesday, March 26, 2013

Budak 12 Tahun Meninggal Selepas Malam Pertama

Budak 12 Tahun Meninggal Selepas Malam Pertama

Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam


Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan.

Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak. Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’.

“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya.

Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman.

-Agensi

Monday, March 25, 2013

Wajah Selebriti Macam Hantu Selepas Di Bedah 300 Kali!

Wajah Selebriti Macam Hantu Selepas Di Bedah 300 Kali!

Dia menjalani lebih 330 prosedur dan pembedahan kosmetik lebih jauh mengatasi Cindy Jackson dari Amerika Syarikat yang diiktiraf wanita paling banyak melakukan pembedahan kosmetik di dunia.


Bekas model glamor Inggeris Alicia Douvall yang terkenal kerana pendedahan hubungan sulitnya dengan selebriti termasuk mogul muzik Simon Cowell mendakwa membelanjakan lebih 1 juta pound (RM4.7 juta) untuk membesarkan payudara, menegangkan muka hingga kepada pembedahan mengecilkan jari kaki.

Alicia mendakwa perbuatannya itu menyebabkan dia ketagih untuk melakukan pembedahan hingga terpaksa menerima rawatan pemulihan sebanyak tiga kali.

Alicia yang dikaitkan dengan beberapa selebriti termasuk aktor Rourke dan bekas penyanyi Simply Red, Mick Hucknall berkata, dia sudah menjalani banyak pembedahan kerana yakin dia kelihatan hodoh.

Alicia memberitahu alasan utamanya menjalani pembedahan kosmetik ialah untuk kelihatan seperti Barbie dan ia cukup membimbangkan.

Namun, pakar bedah yang tidak berhati perut bersetuju membedahnya hanya kerana alasan tidak wajar itu.

Dia mendakwa membelanjakan hingga RM4.7 juta terhadap pembedahan kosmetik dan prosedur lain seperti suntikan Botox dengan hanya memberitahu pakar bedah dia mahu kelihatan sempurna.

“Saya sering gunakan istilah itu. Saya membawa anak patung Barbie ketika berjumpa dengan seorang perunding kecantikan untuk menunjukkan kepada mereka apa sebenarnya yang saya inginkan.

“Saya tidak sihat kerana ketagih dengan pembedahan. Tetapi tiada seorang pun doktor ditemui cuba untuk menghentikan hasrat saya. Saya fikir mereka hanya mahukan wang saya,” katanya.

Alicia bercakap demikian dalam kempen “Hentikan Pembedahan Kosmetik Koboi.”

Pada satu peringkat, dia terdesak untuk mengubah tubuhnya hinggakan menjalani satu pembedahan setiap minggu.

“Selain pendidikan anak perempuan, saya tidak membelanjakan wang untuk perkara lain kecuali pembedahan.

“Saya makan kacang panggang saja dan tidak pernah pergi bercuti. Malah, saya memujuk teman lelaki untuk membayar kos pembedahan saya.”

Apabila ditanya adakah dia berpuas hati sekarang, dia menjawab: “Saya sudah menjalani terlalu banyak pembedahan hingga muka saya tidak dapat bergerak. Saya tidak boleh senyum dengan betul dan tidak dapat bernafas melalui hidung.

“Jika saya tidak pernah menjalani pembedahan, saya jauh lebih cantik dari sekarang.

-Agensi

Wednesday, March 20, 2013

Wanita Mengaku Mempunyai Lima Suami

Wanita Mengaku Mempunyai Lima Suami

Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami. Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.


Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”

Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”

-Agensi

Sunday, March 17, 2013

Kanak-kanak Termakan Kondom Direstoran McDonald's

Kanak-kanak Termakan Kondom Direstoran McDonald's

Seorang ibu menyaman restoran makanan segera McDonald’s selepas anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan kondom yang sudah digunakan yang ditemui di kawasan permainan kanak-kanak restoran terbabit.


Anishi Spencer memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50,000 (RM150,000). Anishi mendakwa dia mengunjungi cawangan restoran itu di Chicago dengan anak lelakinya, Jonathan, tiga, dan Jacquel, dua, pada 4 Februari tahun lalu apabila kanak-kanak itu menemui kondom terpakai di lantai ruang permainan restoran berkenaan di Kezie Avenue.

Dia berkata, anak lelakinya Jacquel kemudian memuntahkan kondom itu dan kedua-dua mereka terpaksa dirawat di hospital. Dalam kes saman itu, Anishi menuduh McDonald’s Corporation di Illinois gagal membersihkan ‘bahan berbahaya’ di kawasan permainan kanak-kanak, lapor akhbar Chicago Sun Times. Ia juga mendakwa rangkaian restoran itu tidak menggunakan alat pengawasan untuk mengesan kegiatan ‘kurang sopan’ di kawasan sekelilingnya.

Seorang jurucakap McDonald’s berkata: “Menyediakan persekitaran yang selamat dan bersih menjadi keutamaan kami. Restoran di Kezie Avenue juga tidak terkecuali.

“Kami memandang serius hal ini dan mula menyiasat semua dakwaan dikemukakan untuk mengumpulkan bukti. Menurut jurucakap itu, ketika saman itu difailkan, syarikat itu belum menyelesaikan siasatan mereka.

Dia juga berkata, syarikat itu sukar untuk menjalankan siasatan kerana Anishi tidak menyerahkan kondom yang didakwanya ditemui di perkarangan restoran berkenaan.

“Ini hanya dakwaan dan kami meminta orang ramai agar tidak membuat kesimpulan tanpa fakta yang kukuh,” kata jurucakap itu.

-Hmetro

Thursday, March 14, 2013

Dibuang Kerja Kerana Bergusti Dengan Jerung

Dibuang Kerja Kerana Bergusti Dengan Jerung

Seorang lelaki warga Britain yang mendapat perhatian media antarabangsa susulan keberanian `bergusti’ dengan jerung bagi menyelamatkan anak-anaknya ketika bercuti di Australia, akhirnya dibuang kerja.


Ini kerana, ketika kejadian pada penghujung bulan Januari lalu, Paul Maeshallsea, 62, sedang bercuti sakit.

Paul dan isterinya, Wendy berkerja dengan sebuah badan amal Pant and Dowlais Boys & Girls Club di Britain.

Namun kedua-duanya mengambil cuti sakit selama dua bulan dengan alasan mengalami tekanan di tempat kerja.

Bagaimanapun selepas lembaga pengarah badan amal itu melihat video Paul `bergusti’ dengan jerung berkenaan, mereka memutuskan bahawa pasangan itu tidak berlaku jujur, dan memecat kedua-duanya.

“Dalam keadaan tidak sihat untuk bekerja, anda nampaknya mampu mengembara ke Australia dan dalam klip video yang diambil di Queensland itu, anda dengan pantas menyambar ekor jerung itu.

“Anda mengecewakan dan merosakkan keyakinan serta kepercayaan yang diberikan, justeru keputusan memecat anda adalah jalan terbaik yang kami ada,’’ kata sepucuk surat daripada lembaga pengarah badan amal itu kepada Paul dan isterinya.

Paul bagaimanapun mempertahankan tindakannya ke Australia kerana katanya, perjalanan itu dilakukannya atas nasihat doktor.

“Jika saya tidak menyelamatkan anak-anak saya di pantai berkenaan, maka saya dan isteri saya masih mempunyai pekerjaan.

“Di mana saya hendak mencari kerja sekarang. Tidak banyak kerja `gusti’ dengan jerung di kawasan ini,’’ katanya.

-Mynewshub