Thursday, March 14, 2013

Dibuang Kerja Kerana Bergusti Dengan Jerung


Seorang lelaki warga Britain yang mendapat perhatian media antarabangsa susulan keberanian `bergusti’ dengan jerung bagi menyelamatkan anak-anaknya ketika bercuti di Australia, akhirnya dibuang kerja.


Ini kerana, ketika kejadian pada penghujung bulan Januari lalu, Paul Maeshallsea, 62, sedang bercuti sakit.

Paul dan isterinya, Wendy berkerja dengan sebuah badan amal Pant and Dowlais Boys & Girls Club di Britain.

Namun kedua-duanya mengambil cuti sakit selama dua bulan dengan alasan mengalami tekanan di tempat kerja.

Bagaimanapun selepas lembaga pengarah badan amal itu melihat video Paul `bergusti’ dengan jerung berkenaan, mereka memutuskan bahawa pasangan itu tidak berlaku jujur, dan memecat kedua-duanya.

“Dalam keadaan tidak sihat untuk bekerja, anda nampaknya mampu mengembara ke Australia dan dalam klip video yang diambil di Queensland itu, anda dengan pantas menyambar ekor jerung itu.

“Anda mengecewakan dan merosakkan keyakinan serta kepercayaan yang diberikan, justeru keputusan memecat anda adalah jalan terbaik yang kami ada,’’ kata sepucuk surat daripada lembaga pengarah badan amal itu kepada Paul dan isterinya.

Paul bagaimanapun mempertahankan tindakannya ke Australia kerana katanya, perjalanan itu dilakukannya atas nasihat doktor.

“Jika saya tidak menyelamatkan anak-anak saya di pantai berkenaan, maka saya dan isteri saya masih mempunyai pekerjaan.

“Di mana saya hendak mencari kerja sekarang. Tidak banyak kerja `gusti’ dengan jerung di kawasan ini,’’ katanya.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon