Sunday, April 21, 2013

Ditangkap Hanya Kerana Bersiul


Tanpa disangka perbuatan bersiul boleh menyebabkan orang dikenakan hukuman. Tindakan itu telah dialami oleh seorang lelaki AS bernama Robert Smith, apabila dia di penjara gara-gara perbuatannya yang gemar bersiul di jalanan.


Lelaki yang lebih dikenali sebagai ‘The Whistler’ itu dijatuhkan hukuman kerana perbuatannya yang sering bersiul dengan kuat sambil berjalan telah dianggap mengganggu para pejalan kaki yang lain.

Perbuatan Smith yang suka bersiul setiap hari itu bukan hanya mengganggu pejalan kaki, bahkan juga menganggu perniagaan beberapa kedai di Portland, Amerika. Para pemilik kedai bahkan telah mengajukan keluhan mereka kepada pihak polis berkaitan Robert gemar yang bersiul dengan kuat.

Kebiasaan bersiul lelaki 32 tahun ini pada mulanya dilakukan secara tidak sengaja. Ketika itu, Robert gemar menghabiskan waktu untuk berjalan sambil mendengar musik melalui headphone yang dipakainya. Kemudian, dia pun mula bersiul tanpa sedar.

“Saya fikir, siulan saya kedengaran cukup hebat..Dan saya lakukan itu hampir setiap hari,” katanya. “Saya di sini bukan untuk menjadi penyiul terbaik di dunia. Tapi saya hanya cuba untuk membuatkan orang tersenyum,” tambahnya.

Dia pun menyatakan bahawa kemampuannya untuk bersiul merupakan hadiah dari Tuhan. “Itu datang dari Tuhan. Tuhan menunjukkan kepada saya bahwa bersiul merupakan perkara yang biasa,” katanya lagi.

Kerana kegemaran uniknya, Robert cukup dikenali di ibu kota Portland dan sering muncul di blog-blog online, video dan foto. Namun, akibat dari hobinya itu rupanya tidak dapat menjauhkan dirinya daripada jeriji penjara.



Pada bulan Mei tahun lalu, dia dipanggil oleh pihak berwajib kerana dilaporkan mengganggu ketenteraman awam. Dua bulan kemudian, dia ditangkap kerana bersiul di hadapan Starbucks.

Bukan 'The Whistler' namanya kalau asyik menyerah pada ancaman polis. Robert pun menentang polis dengan mengatakan, “Awak boleh menangkap saya sebanyak seribu kali, namun setelah saya keluar dari penjara, saya akan tetap bersiul.”

Namun, hakim tempatan telah menjatuhkannya hukuman dan memerintahkannya untuk bersiul ketika ia berjalan saja – untuk mencegahnya bersiul di satu tempat terlalu lama.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon