Sunday, June 26, 2016

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tiada kos yang dikenakan, jom baca cara buat duit dengan blog yang kami mahu kongsikan khusus untuk para pembaca.

Buat Duit Dengan Blog

Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.

Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.

2.Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book.

Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

Anda boleh mempromosikan produk anda di blog, forum dan Facebook. Anda akan mendapat kepuasan sekiranya E-book anda sentiasa mendapat permintaan dan membantu ramai orang.

Paling menyeronokkan anda dapat menjana pendapatan yang banyak.

3. Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog

Sekiranya anda memang mempunyai kemahiran menulis ataupun gemar menulis, maka kongsikan bakat penulisan anda di blog. Potensi blog amat besar dan mampu bertahan pada masa hadapan.

Oleh itu,cungkilkan bakat menulis anda kerana apabila blog anda telah mendapat ramai pelawat, anda bolehlah buat duit dengan blog anda sama ada dengan menjual slot iklan, atau melalui Google Adsense dan sebagainya.

Namun, anda diingatkan agar memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat duit melalui penulisan blog.

4. Jana pendapatan melalui membina blog dan ‘monitize’

Monetize adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog dan memasangkan kod iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan dan luar negara.

Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda.

Punca Gagal Buat Duit Dengan Blog

1. Mudah Berputus Asa

Terdapat sesetengah orang yang baru bermula menceburi bidang ‘blogging’ ini,tetapi telah mengundur diri lebih awal kononnya dengan alasan tiada kemahiran untuk menulis atau membina blog yang baik.

Sebenarnya untuk berjaya,anda perlulah melalui pelbagai halangan dan dugaan untuk diatasi. Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu perkara, anda bolehlah mendapatkan bantuan daripada yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan malu untuk mencuba dan bertanya.

2. Mahu Cara Yang Cepat Dan Mudah Untuk Berjaya

Sebenarnya untuk buat duit dengan blog ini,anda perlu sabar menunggu hasilnya kerana bukan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog ini.

Kadang-kadang anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk menjana pendapatan. Oleh itu,jangan cepat berfikir mudah dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh.

3. Tiada Perancangan

Ramai orang yang mahu buat duit dengan blog tanpa mempunyai pelan yang betul dan sistematik. Mereka mempunyai banyak idea yang hendak dilaksanakan, tetapi tiada sistem yang akan mereka ikuti.

Apabila melakukan banyak pekerjaan pada satu masa yang sama,maka potensi kerja-kerja itu akan terbengkalai begitu sahaja adalah tinggi.

Oleh itu,pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

4. Kesilapan Memilih Produk Affiliate

Salah satu sebab anda tidak berjaya buat duit dengan blog adalah kerana anda memilih produk affiliate yang betul untuk blog anda.

Contohnya jika blog anda adalah sebuah blog bercerita tentang gadjet,maka pilihnya produk yang berkaitan dengan gadjet. Jangan salah pilih produk affiliate yang tidak ada kaitan dengan produk anda.

Kesimpulan

Menjana pendapatan melalui blog sememangnya sangat menyeronokkan,tetapi komitmen dan komited perlulah seiring sekiranya ingin berjaya.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Saturday, June 11, 2016

Blog Terbaik Malaysia April Dan Mei 2016

Blog Terbaik Malaysia April Dan Mei 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan blogger. Akhirnya sempat juga menyenaraikan "blog dan blogger terbaik di Malaysia" bagi bulan April dan Mei 2016 di blog ini.

Blog terbaik April & Mei 2016.jpg

Nampaknya bulan April yang lalu benar-benar menguji kesabaran dan masa terluang yang cukup terhad sehingga tidak sempat nak buat senarai blog dan blogger terbaik untuk bulan April.

Jadi terpaksalah dihimpunkan sekali bersama di dalam bulan Mei, itupun hampir dipertengahan bulan Jun baru dapat dikongsikan.

Buat rakan-rakan blogger, saya benar-benar ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian berkomentar di blog picisan ini.

Anda semua sememangnya "blogger-blogger terbaik di Malaysia!"

Mohon maaf juga dipinta kerana batasan waktu benar-benar menghimpit ruang untuk berkunjung balas ke blog anda semua buat masa ini.

Buat pembaca-pembaca tersayang, senarai blog di bawah ini adalah kumpulan blog-blog terbaik di Malaysia yang anda patut kunjungi.

Jika anda suka membaca di blog saya ini, anda semua pasti lebih teruja bila berkunjung ke blog-blog diorang.

Semoga ketemu lagi, terima kasih dan selamat membaca buat semua, puonsikou dikoyu.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA APRIL & MEI 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

3. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. mSelim3 - mSelim3.blogspot.my

5. Dr. Macho - Megawealthvet.blogspot.my

6. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

7. Keladi Ubi - Keladionline.com

8. Mrhanafi - Mrhanafi.com

9. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

10. Media Admin - Eyfawriter.blogspot.my

11. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

12. Normi Nieza - Norminieza.blogspot.my

13. Striderbuzz - Striderbuzz.com

14. aRz MoHa - Arzmoha.com

15. Maria Firdz - Mariafirdz.com

16. Zul Hilmi Tempoyak - Zulhilmitempoyak.com


BACA INI JUGA: "Arkib Senarai Blog Terbaik Malaysia"

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 02, 2016

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, ketemu lagi kita diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Mac 2016 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia Mac 2016

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan blogger dan pembaca yang sentiasa sudi berkunjung dan berkomentar macam selalu.

Dan nampaknya dibulan Mac ini kesibukan dengan kerja rutin masih lagi menghambat seperti biasa lalu membataskan aktiviti blogwalking ke blog rakan-rakan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, blog ini juga sedang dalam proses menukar template. Jadi jangan terkejut beruk nanti hehe..

Saya senaraikan dibawah ini, blogger-blogger hebat di Malaysia dengan blog mereka yang berkongsikan info-info semasa dan juga tips-tips yang berguna buat pembaca. Pembaca sekalian, sila terjah!!!

Kepada blogger yang ingin tersenarai disini, datanglah berkomentar, pasti masuk dalam senarai. Tiada had blog, tiada limit komentar.

Cuma, blog yang mengkhusus kepada blog jualan sebarang produk tidak dapat saya masukkan disini.

Buat semua blogger-blogger hebat dan pembaca tersayang, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA MAC 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

3. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

5. Maria Firdz - Mariafirdz.com

6. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

7. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

8. Noriza Rahman Momma Vogue - Mommavogue.com

9. Calrase Patrick - Calrasepatrick.blogspot.com

10. Media Admin - Eyfawriter.blogspot.my

11. Mrhanafi - Mrhanafi.com

12. aRz MoHa - Arzmoha.com

13. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

14. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

15. Dr. Macho - Megawealthvet.blogspot.my

16. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Thursday, March 03, 2016

Blog Terbaik Malaysia Februari 2016

Blog Terbaik Malaysia Februari 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, masih lagi dipanjangkan usia dan sekali lagi masih ada pertemuan diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Februari 2016 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia - Februari

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan blogger dan pembaca yang begitu sudi berkunjung dan berkomentar di blog ini.

Blog Terbaik Malaysia ini didedikasikan khusus buat blogger-blogger yang memberikan komen.

Kesibukan di bulan Februari nampaknya menghalang kunjungan balas ke blog rakan-rakan.

Buat semua blogger-blogger hebat dan pembaca tersayang, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA FEBRUARI 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

4. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

5. Muhammad Shahril - Muhammadshahril97.blogspot.my

6. Muhammad Nizam - Bahejabella.com

7. Lokman Hakim - Penggaliilmudunia.blogspot.my

8. Anajingga - Anajingga.com

9. Abam Kie - Zukidin.com

10. Hasrul Yah - Notaaswaja.blogspot.my

11. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

12. Titan - Ahmadfaizal.com

13. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

14. Bin Muhammad - Dammahumnib.com


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Monday, December 07, 2015

World Class Coffee, Hadiah Blogger Etuza

World Class Coffee, Hadiah Blogger Etuza

Sangat terkejut petang ini apabila secara tiba-tiba seorang blogger yang sedang meningkat naik dari daerah Keningau tiba-tiba datang menyerahkan sendiri bungkusan hadiah yang dimenangi!

Hadiah+Cikgu+Etuza

Hadiah berupa 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract produk Elken, dengan World Class Coffee pada 'cop mohor' dihulur tangan oleh blogger ini yang lebih dikenali sebagai Cikgu Etuza dan blognya madey.blogspot.my.

Saya sebenarnya salah seorang diantara ramai blogger yang sangat bertuah kerana berjaya memenangi hadiah Komen Unggul Nov 2015 dari blogger yang sangat pemurah ini.

Hadiah+Blogger+Etuza [2]

Jadi, kalau nak tahu apa kelebihan produk ini dan banyak lagi barangan serta produk sihat yang amat bermanfaat, jangan lupa bertandang ke blog Cikgu Etuza.

Cikgu+Etuza

Juga, kalau nak menang pelbagai hadiah percuma dari blogger Cikgu Etuza, cepat-cepatlah datang berkunjung ke blog beliau, ada segmen sedang berlangsung. Siapa tau rezeki datang menyinggah..

Semoga semakin bertambah rezeki blogger Cikgu Etuza, terima kasih yaa..

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia November 2015

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, November 09, 2015

Blog Terbaik Malaysia Oktober 2015

Blog Terbaik Malaysia Oktober 2015

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger, blogger-blogger terbaik, pemilik blog terbaik dan para pembaca tersayang.

Blog terbaik Malaysia

Walaupun sangat sibuk dengan tugas rutin seharian, saya cuba mencari sedikit masa bagi menyenaraikan blog-blog terbaik bulan lalu.

Buat para pembaca semua, seperti biasa, blog-blog ini merupakan senarai blog yang anda wajib lawati kerana informasi yang mereka sajikan sangat berbaloi untuk dibaca.

Bukan saja kerana isi kandungannya yang memberi manfaat, malah adminnya sangatlah ramah mesra, ala-ala teman tapi mesra gitu..haha

Jutaan terima kasih buat semua pembaca setia yang sentiasa sudi berkunjung ke blog ini juga buat rakan-rakan blogger sekalian.

Semoga kunjungan anda semua mampu memberi manfaat dan dibalas dengan seribu kali kebaikan.

Sebarang cadangan mahupun teguran, janganlah segan silu menghubungi saya di ruangan HUBUNGI diatas.

Meskipun agak lambat kali ini, dibawah saya senaraikan blog-blog terbaik bagi bulan Oktober 2015.

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA OKTOBER 2015

1. Mizz Aiza - Mizzaiza.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

4. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

5. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

6. Khir Khalid - Khirkhalid.com

7. aRz MoHa - Arzmoha.com

8. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.my

9. Hero Borneo - Heroborneo.com

10. Mr Hanafi - Mrhanafi.com

11. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

12. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.my

13. Blogger2u - Blogger2u

14. Anajingga - Anajingga.com


Terima kasih, dan semoga bertemu lagi.. :)

Thursday, July 02, 2015

Blog Terbaik Malaysia Jun 2015

Blog Terbaik Malaysia Jun 2015

Nampaknya blog terbaik Malaysia bagi bulan Jun kembali lagi. Satu senarai yang memaparkan kepada anda senarai blog dan blogger terbaik Malaysia di blog ini!

Blog terbaik Malaysia - Jun

Diucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan blogger yang sentiasa sudi bertandang untuk blogwalking tanpa jemu. Anda semua sememangnya blogger-blogger terbaik.

Untuk makluman rakan-rakan juga, widget top commentator tidak lagi dipasang diruangan sidebar kerana mempengaruhi kelajuan loading blog.

Walau bagaimanapun, ruangan senarai blog terbaik Malaysia tetap akan diteruskan seperti biasa setiap bulan.

Buat para pembaca, anda semua dijemput berkunjung ke blog-blog dibawah. Mereka berbaloi dikunjungi dan dibaca infonya..:)

Kepada rakan-rakan blogger, mohon maaf sebab blogwalking berjalan kurang lancar sebab semakin sibuk pula..

Selamat berpuasa diucapkan buat semua. Maaf zahir batin diucapkan. Semoga amalan dan pekerjaan kita semua diberkati dibulan Ramadhan yang mulia ini. Amiin..

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA JUN 2015

1. Khir Khalid - www.khirkhalid.com

2. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.com

3. Muhammad Nizam - www.bahejabella.com

4. Ana Jingga - www.anajingga.com

5. NURHAZIQ HAFIZ - Sayapejuangbahasa.blogspot.com

6. Akif Imtiyaz - www.akifimtiyaz.com

7. Mohd Selim Zainal - mSelim3.blogspot.com

8. Rossacalla (Perling Putih) - Rossacalla.blogspot.com

9. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.com

10. En. Titan - Ahmadfaizal.com

11. Mayang ABDUL RAZAK - Mayangbakingmadness.blogspot.com


BACA INI JUGA: 10 Niche Terbaik Buat Duit Online 2015