Thursday, June 11, 2015

5 Niche Terbaik Buat Duit Online 2023


Untuk tahun ini, apa niche yang boleh membantu anda untuk buat duit online? Di sini kami senaraikan kepada anda antara niche yang memang ramai pembeli. InsyaAllah, kena cara usaha, produknya bagus, pasti ada yang menjadi.

Buat-Duit-Online

Yang penting adalah mencuba dan usaha berterusan tanpa menyerah kalah. Jika kena cara dan ia sememangnya rezeki anda, siapa tahu anda mungkin tak perlu lagi kerja makan gaji.

Niche 1 : Buat Duit Online

Ini memang niche nombor satu yang ada dalam carta, tidak kiralah untuk pasaran dalam negara atau luar negara.

Jika anda sudah lali dengan niche ini, dan selalu fikir, sudah tidak ada harapan untuk menjual produk berkaitan niche ni kerana persaingan yang ada, anda perlu fikir sekali lagi.

Jumlah pengguna internet semakin meningkat setiap tahun. Pada masa yang sama, kesedaran mereka dalam melihat peluang buat duit melalui internet semakin meningkat.

Maka dengan itu, permintaan untuk produk yang memberi mereka ilmu tentang buat duit online juga pasti tidak akan pernah putus.

Niche buat duit online ini bukan sahaja amat sesuai untuk para newbie, untuk mereka yang sudah ada dalam level sederhana dan advance juga suka untuk menimba ilmu baru.

Baiklah, untuk menggunakan niche ini bagi menjana wang online untuk tahun 2015, anda tidak perlu mencipta produk buat duit online anda sendiri.

Cukup sahaja dengan menjadi ejen affiliate bagi produk digital yang sudah di keluarkan di pasaran. Jika anda menulis blog, anda juga memilih niche ini untuk menjana wang melalui google adsense.

Topik apa yang sekarang ini sedang hangat di bincangkan oleh ramai untuk niche ini. Untuk pasaran Malaysia, topik pemasaran menjadi antara yang hot.

Contohnya pemasaran melalui facebook ads. Memandangkan amat ramai penggunakan facebook ads masih belum cuba teknik ini, maka mempromosi ebook atau produk digital untuk topik ini pasti akan mendapat sambutan.

Selain itu, ramai juga yang mahu belajar teknik pemasaran atau jualan melalui Instagram. Lihat siapa yang sudah menjual ebook berkaitan dengan topik Instagram dan tanyakan kepada seller samada anda boleh menjadi ejen affiliate atau tidak.

Topik buat duit online lain yang semakin hangat di bincangkan ialah Google Adsense. Di saat ramai yang komplen bahawa Google suka ban akaun adsense player, atau jumlah CPC amat kecil, anda masih boleh menyelongkar teknik buat duit adsense.

Tanya kepada seller, adakah mereka menawarkan affiliate? Jika produk yang anda promosikan itu boleh di pasarkan di Malaysia atau luar negara, itu sudah di kira.

Usah takut untuk mempromosi produk yang di jual dalam Bahasa inggeris yang di jual dengan nilai USD, rakyat Malaysia hari ini semakin open dalam membuat belian bagi produk digital dari luar. Asalkan ia bermanfaat, pasti akan ada pembelinya.

Layari forum luar kerana di sana ada ramai adsense player yang sudi berkongsi rahsia bagaimana mereka sukses dengan google adsense.

Anda boleh layari website ashadee untuk lihat produk digital bagi niche ini. Pilih mana yang best dan lakukan promosi kepada orang ramai terutamanya kepada newbie.

Niche 2: Kesihatan & Kecantikan

Niche ini juga tidak kurang hebatnya. Asal ada sahaja produk yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan, pasti ada pembeli yang berpusu-pusu mahu membuat bayaran.

Saya pernah melihat kejayaan seorang anak muda yang jika saya sebut namanya pasti ramai yang tahu.

Beliau di katakana mengambil masa kurang dari 3 tahun untuk menjadi jutawan hanya dengan menjual produk kesihatan dan kecantikan melalui facebook.

Jika anda mahu menjual produk fizikal di internet, niche kesihatan dan kecantikan pasti mempunyai sambutan. Dengan sedikit sentuhan dalam kerja pemasaran yang tepat, anda berpotensi untuk mengaut keuntungan yang banyak.

Perlukah anda mempunyai produk sendiri untuk berniaga di internet?

Baiklah, saya akan bercerita sedikit kepada anda supaya anda boleh faham. Saya di maklumkan bahawa ada juga kilang yang sudi membantu usahawan bagi mengeluarkan produk sendiri.

Ada kilang yang meletakkan jumlah minima tertentu, sebagai contoh minima untuk hasilkan produk sekitar 1,000 siap dengan packaging.

Paling penting anda sediakan modal yang di kehendaki. Jika anda melihat ada sample produk kecantikan dan kesihatan yang bagus dan berkualiti yang boleh anda jenamakan semula, anda boleh menggunakan cara ini.

Kemudian buka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan kerahkan ejen anda untuk melakukan pemasaran melalui internet terutamanya melalui facebook ads.

Dengan cara ini insyaAllah produk kesihatan dan kecantikan anda bakal mendapat sambutan di pasaran.

Tidak ada duit untuk keluarkan produk kecantikan anda sendiri?

Tidak mengapa. Anda boleh berjinak-jinak dahulu dengan mempromosikan produk orang lain. Jika tidak mahu pegang stok di tangan, anda boleh sertai program dropship di mana pemilik produk kecantikan dan kesihatan tersebut yang akan terima order dari anda dan mereka yang akan menghantar produk kepada pelanggan. Mudah bukan?

Antara topik hot yang berkaitan dengan niche kesihatan dan kecantikan ialah tentang penyelesaian masalah jerawat samada dalam bentuk ebook atau produk yang boleh di gunapakai secara fizikal, topik menurunkan berat badan dengan cara berkesan, topik untuk kesihatan suami isteri, dan juga penjagaan bayi. Saya lihat niche penjagaan bayi juga sekarang ini makin meningkat naik.

Di luar Negara juga, niche kesihatan juga semakin meningkat. Antara yang hot ialah seperti bagaimana untuk mengajar anak kecil untuk buang air besar di tandas. Lucu kan? Tapi ini juga boleh di jadikan duit kalau permintaan sudah ada.

Niche 3: Games

Tahukah anda carian untuk topik games di google mencecah lebih dari 20 juta di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah semakin hari semakin banyak produk di internet yang berkaitan dengan niche ini.

Baiklah, jika anda mahu buat duit online 2015 melalui niche ini, anda boleh mencari ebook yang berkaitan dengan topic how to play _____ games. Lihat di keywords planner tools apa cadangan yang di berikan oleh pihak google.

Selain daripada menjual ebook berkaitan dengan games, anda juga boleh membina website portal games anda sendiri.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk membina website flash game yang mengandungi lebih dari 1,000 games, anda boleh melayari website http://sukagameonline.com untuk mendapatkan servis membina portal games anda sendiri.

Saya lihat ada banyak koleksi games yang tersedia untuk website yang di bina dan website juga dikatakan sangat mobile friendly.

Melalui portal games seperti ini, anda boleh buat duit dengan cara menjual ebook atau pun menjual produk digital.

Niche 4: Software

Sebut sahaja software memang ramai orang suka. Jika anda seorang yang suka menggunakan banyak cabang untuk melakukan kerja-kerja online atau offline menggunakan komputer, maka dengan adanya software, banyak kerja akan menjadi mudah.

Hari ini ramai programmer semakin kreatif dalam membina software sesuai dengan keperluan para pengguna.

Ada yang membangunkan software untuk mengedit video 3D, ada yang membangunkan software berkaitan dengan kerja pemasaran dan lain-lain lagi.

Sebut sahaja apa jenis kategori software, pasti banyak ada di luar sana. Untuk menjual software, anda punya 3 pilihan samada melabur wang untuk menghasilkan software anda sendiri dengan mengupah programmer, beli software orang lain dengan mendapat hak penuh untuk jual semula, atau menjadi ejen affiliate dengan menjual software orang lain yang sudah ada di pasaran.

Sekiranya anda memang pakar dalam buat software, maka tiada masalah untuk anda mengkoding software anda sendiri.

Mana satu pihan anda, itu terpulang. Anda boleh cari mana-mana software yang ada di pasaran dan lakukan proses pemasaran menggunakan facebook ads,insyaAllah berkesan.

Antara software yang selalu mendapat sambutan ialah software yang berkaitan dengan design. Sebagai contoh, ramai orang suka buat video entri untuk youtube dengan design yang cantik. Jika tanya mat salleh di luar sana, memang mereka suka buat video intro sebegini, market untuk topik ini amat luas.

Anda boleh mencari mana-mana website yang menawarkan software yang membekalkan kerja editing template video ini, dan request untuk menjadi ejen. Software lain yang boleh anda fokus ialah berkaitan dengan kerja promosi online.

Jika anda berminat untuk menjual software sebegini, cuba buat kajian dan carian dengan lebih details. insyaAllah, jika targetnya tepat, jualan software anda pasti menguntungkan.

Cadangan saya, jadilah ejen yang menjual software yang mengenakan bayaran bulanan atau paid member yang meminta pembeli untuk subscribe bayaran.

Biasanya anda sebagai ejen juga akan menerima bayaran komisyen setiap bulan.

Niche 5: Perhubungan & Percintaan

Siapa di sini selalu tengok TV terutama menonton rancangan seperti motivasi atau WHI? Dalam tiap-tiap minggu, pasti ada topik tentang perhubungan yang di bincangkan samada isu berkaitan sosial masyarakat,rumah tangga atau percintaan.

Jika anda fikir niche perhubungan tidak punya permintaan,ia satu kesilapan sebenarnya.

Jika di luar negara, ebook yang berkaitan dengan niche perhubungan ini sungguh top dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Dahulu pernah seorang blogger lelaki menulis satu ebook untuk kaum hawa mencari teman lelaki. Saya lihat penulis itu sungguh berani.

Dan satu perkara yang hebat, ebook beliau mendapat sambutan hangat dari kaum wanita. WOW!

Jika anda mampu menulis ebook berkaitan dengan perhubungan, anda boleh menulis dan menjual ebook anda sendiri untuk niche ini.

Antara sub topik dari niche ini ialah isu rumahtangga, persahabatan, tips tempat kerja, dan antara topik yang lebih kreatif, bagaimana untuk mendapat ex anda semula, bagaimana menangani anak nakal,dan banyak lagi.

Anda boleh lakukan kerjasama dengan pakar dalam bidang ini untuk hasilkan produk sendiri atau jadi ejen affiliate bagi produk niche ini yang sudah sedia ada di pasaran.

Penutup

Jika anda dapat buat duit dengan 1 niche sahaja, dapat jumpa produk yang bagus dan menggunakan teknik pemasaran yang tepat, insyaAllah anda akan sukses. Amin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

4 comments

  1. http://PocketMoneyCash.com/?ref=15840 cara mudah buat duit..x prlu sesusah bli ebook semua..dftar je dh dpt $10..

    ReplyDelete
  2. yang ni lagi cepat http://www.sistemduitcepat.com/?ref=promosi2016

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon