Thursday, December 12, 2019

Kenali Game Mobile Legends: Bang Bang


Mobile Legends: Bang Bang (atau Mobile Legends) merupakan sebuah permainan telefon pintar RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton, buat pertama kalinya di China untuk sistem Android pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016.

Mobile Legends Bang Bang

Anda semua pasti tahu bahawa, Mobile Legends kini semakin mendapat tempat di hati pemain permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena).

Jika sebelum ini ada yang gemar bermain DOTA, mereka dilihat perlahan-lahan beralih kepada permainan Mobile Legends, kerana ia dimainkan pada platform telefon pintar yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent. Syarikat ini juga telah membangunkan sebuah lagi permainan yang bergenre arcade iaitu Mobile Legends Adventure.

Permainan

Mobile Legends: Bang Bang memerlukan berbilang pemain dan direka khas untuk telefon pintar.

Dalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh (enemy's base) dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan (lanes).

Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas (top), tengah (middle), dan bawah (bottom), yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.

Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira (hero) dari peranti masing-masing.

Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets).

Konco-konco yang dikeluarkan bagi setiap peringkat ialah sebanyak 3 ekor bagi setiap laluan.

Terdapat banyak wira yang direka oleh Moonton dan boleh dikategorikan mengikut tugas masing-masing iaitu Marksman, Fighter, Tank, Mage, Support dan Asassin.

TIPS MENANG GAME MOBILE LEGENDS

Kejap kalah kejap menang? Itu adat permainan, tapi jika selalu kalah? Anda yang bermasalah.

Dibawah merupakan 10 tips yang boleh membantu anda memenangi permainan Mobile Legends.

1. Sambungan internet yang stabil

Ini perkara paling penting. Pastikan anda bermain dengan sambungan internet yang stabil dan sebaiknya menggunakan Wi-Fi. Kalau tak mesti ada bagi alasan “Weh sorry, lag do”.

2. Pilih hero yang sesuai dengan cara anda bermain

Pilih hero berdasarkan kuasa, bukan rupa paras! Ada antara pemain yang mahu hero kelihatan gagah dan kacak macam Alucard, atau Yun Zhao tetapi gaya main lebih sesuai pakai Cyclops.

Hero terbabit memang power, tetapi carilah yang bersesuaian dengan anda dan paling penting, fahamkan skil-skil hero terbabit.

Lihat team anda kekurangan apa. Setiap team perlu ada Tanker, Assasin, Marksman dan Mage.

Jangan la sampai satu team penuh tanker, kau ingat ini team ragbi?!
  • Tank – Menyerap lebih serangan daripada lain, sesuai untuk mulakan serangan
  • Marks dan Assassin – Mempunyai serangan yang terbaik, tetapi nyawa yang sedikit lemah. Sesuai untuk musnahkan menara.
  • Mage – Skill membunuh yang terbaik tetapi nyawa yang sedikit lemah, hati-hati bila gunakan ia.
  • Fighter – Bergantung kepada senjata yang digunakan, kadang kala boleh jadi beban kepada team.

3. Pilih Emblem yang sesuai dan terbaik untuk hero anda

Setiap emblem mewakili pelbagai tugas dan gaya bermain. Mana satu yang perlu anda upgrade? Apa yang sesuai dengan hero kegemaran anda?

Terdapat 8 jenis emblem dalam permainan Mobile Legends;
  1. Physical Emblem – Chou, Yun Zhao, Alpha, Balmond dan Sun.
  2. Magic Emblem – Eudora, Nana, Estes, Rafaela, Aurora, Kagura, Cyclops dan Gord.
  3. Tank Emblem – Hilda, Franco, Balmond, Tigreal, Akai, Minotaur, Johnson, dan Lolita.
  4. Jungle Emblem – Layla, Miya, Alucard, Clint, Yun Zhao, Yi Sun Shin, Natalia, Bruno, dan Moskov.
  5. Physical Assassin – Natalia, Yun Zhao, Saber, Hayabusa, dan Fanny.
  6. Magic Assassin – Eudora, Aurora, Gord, Kagura, dan Alice.
  7. Fighter Emblem – Layla, Miya, Alucard, Clint, Yun Zhao, Yi Sun Shin, Natalia, Bruno, dan Moskov.
  8. Roamer Emblem – Natalia, Hayabusa, and Saber.

4. Gunakan Battle Spell yang tepat;
  • Retribution – Fighter.
  • Execute – Fighter.
  • Fury – Marksman.
  • Assault – Tank, Marksman.
  • Healing Spell – Support, Tank.
  • Interference – Tank, Fighter.
  • Stun – Fighter, Marksman.
  • Purify – Support.
  • Weaken – Mage.
  • Flicker – Fighter.
  • Arrival – Lebih kurang macam teleport.
  • Iron Wall – Guna waktu anda terima sebahagian besar serangan.

5.Beli Equipment yang sesuai dengan karakter hero

Selain daripada skil bermain, pembelian equipment juga penting dalam memastikan hero anda beraksi dengan hebat.

Ia mengandungi pelbagi set equipment, seperti;
  • Penembusan serangan.
  • Cepatkan pergerakan.
  • Mencuri nyawa.
  • dan lain-lain.

6.Lane Pushing

Terdapat tiga jenis laluan dalam permainan ini;
  • Top Lane.
  • Mid Lane.
  • Bottom Lane.

“Lane pushing” merupakan ‘gelombang minion‘ (minion datang secara berterusan) akan membantu anda mengepung serta memusnahkan menara musuh tanpa kehadiran anda.

Syaratnya adalah, anda terlebih dahulu membantu minion dengan memusnahkan minion pihak lawan supaya minion anda tidak tercedera.

“Bersihkan” dahulu laluan tersebut dan serahkan kepada minion untuk bertindak selepas itu.

7. Jangan terburu-buru

Dalam erti kata lain bersabar ketika melakukan serangan. Apa salahnya tunggu bantuan rakan terlebih dahulu sebelum menyerang. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, tak gitu?

8. Fokus untuk tingkatkan level

Perkara yang meningkatkan level dalam permainan;
  • Hapuskan minion pihak musuh.
  • Hapuskan monster didalam hutan.
  • Hapuskan musuh (sudah terang lagi bersuluh).
  • Musnahkan menara.

Berapa maksimum level didalam permainan?

Jawapan dia Level 15. Setiap satu level akan tingkat skil hero anda.
  • Skil 1 dan 2 – 6 level diperlukan.
  • Skil paling padu – 3 level diperlukan.

9. Tebus ganjaran

Pernah nampak peti harta karun? Tekan dan anda akan diberikan ganjaran seperti;
  • Battle Points.
  • Ticket.
  • Magic Emblem.
  • Magic Dust.
  • dan lain-lain.

Selepas tebus ganjaran itu, peti tersebut akan diisi semula dalam tempoh 4 jam.

10. Hapuskan Turtle dan Blue Knight (The Lord)

Dua perkara penting ini sering diabaikan pemain baru.

Jika anda hapuskan;
  • Turtle – Beri emas tambahan kepada pasukan anda.
  • The Lord – Bantu anda musnahkan menara musuh.

Jangan cuba hapuskan secara berseorangan, ajak pasukan anda untuk hapuskan kedua-dua makhluk ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wiser

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon