Selasa, Disember 04, 2018

Punca Anak Kecacingan, Simptom Dan Rawatannya


Gelang, cangkuk, kerawit, benang dan pita antara beberapa jenis cacing yang boleh hidup di dalam badan manusia dan mampu hidup di dalam usus, darah serta organ manusia sehingga bertahun-tahun dengan mendapatkan makanan melalui zat-zat yang terdapat di dalam usus ketika proses penghadaman.

Anak Kecacingan
Gambar hiasan.

Lazimnya, jangkitan cacing lebih mudah dialami oleh kanak-kanak terutama jika ibu bapa tidak mengambil berat tentang kebersihan anak-anak.

Jangkitan cacing atau parasit itu boleh menjangkiti kanak-kanak sama ada melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.

Jangkitan melalui pemakanan berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.

Jangkitan cacing juga boleh diperoleh melalui persekitaran jika kulit kanak-kanak berkenaan terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.

Bahaya Kecacingan

Kecacingan pada kanak-kanak mengundang pelbagai masalah, antaranya hilang selera makan, keletihan, kembung, alahan, demam berpanjangan, serta masalah pernafasan.

Antara tanda-tanda kanak-kanak kecacingan seperti demam, sakit kepala, kurang selera makan serta terdapat cacing pada najis mereka.

Jika jangkitan itu tidak dirawat segera dibimbangkan membawa kepada masalah lain seperti anemia, kerosakan usus serta otak.

Pemberian ubat cacing perlu diberi kepada kanak-kanak sama ada mereka sihat atau tidak bagi mencegah kecacingan di peringkat awal.

Ibu bapa harus memastikan pengambilan ubat ini enam bulan sekali agar cacing tidak mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak.

Ini kerana, telur cacing dapat hidup lama di dalam badan jika tidak dibunuh dan akan menyerap nutrien yang diperoleh oleh kanak-kanak sehingga menyebabkan perkembangan fizikal mereka terganggu.

Ibu bapa seharusnya tidak terlepas pandang tentang pemberian ubat cacing kepada anak-anak.

Simptom-simptom kecacingan;
  • Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
  • Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
  • Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
  • Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
  • Batuk-batuk yang berpanjangan.
  • Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
  • Mengetap gigi ketika tidur malam.
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
  • Hiperaktif.
  • Sakit kepala.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Gusi dan hidung berdarah.

Rawatan

Sewajarnya, pemberian ubat cacing perlu dilakukan enam bulan sekali atau setahun sekali dengan dos yang telah ditetapkan agar jangkitan cacing dapat dihapuskan.

Kanak-kanak yang diberi ubat cacing mempunyai perkembangan fizikal yang sempurna dan teratur berbanding sebaliknya.

Anak biasanya disarankan diberi ubat cacing seusia bayi sembilan bulan ke atas kerana mereka lebih terdedah dengan telur cacing, manakala bagi kanak-kanak biasa ibu bapa dicadangkan memberi ubat cacing pada umur setahun setengah.

Ubat cacing boleh diberi enam bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk kanak-kanak bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.

Selain itu, ibu bapa diingatkan agar menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan rumah dan persekitaran selain memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan dibasuh dengan bersih.

Bahan seperti daging dan ikan juga perlu dimasak dengan suhu sesuai selain mengamalkan amalan membasuh tangan sebelum makan dan selepas keluar dari tandas serta cuci tangan dengan sabun selepas membuang air besar.

Perlu diingatkan, ubat cacing bukan sahaja perlu diberi kepada kanak-kanak sahaja tetapi ibu bapa juga perlu mengambilnya, malah jika ada membela haiwan peliharaan seperti kucing, haiwan tersebut perlu sentiasa dalam keadaan bersih terutama di bahagian tapak kaki dan badan serta turut diberi ubat cacing.

Jika perlu, ibu bapa harus berjumpa dengan doktor bagi memastikan anak-anak tidak dijangkiti kecacingan kronik yang memudaratkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon