Wednesday, November 21, 2018

Smartphone Realme C1, Realme 2, Realme 2 Pro Untuk Pasaran Asia Tenggara


Realme merupakan sub-jenama daripada OPPO yang memfokuskan kepada penghasilan peranti berspesifikasi menarik pada harga mampu-milik, telah memperkenalkan tiga peranti baru mereka untuk pasaran Asia Tenggara, menerusi Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1.

Smartphone Realme

Selari dengan slogan 'Proud to be Young', Realme, yang ditubuhkan secara rasmi pada 4 Me 2018, menumpukan kepada merevolusikan telefon pintar bagi generasi muda, menggabungkan prestasi terbaik dengan gaya kontemporari.

Sebelum ini, Realme menyaksikan rekod jualan yang hebat di India iaitu sebanyak 200,000 unit Realme 2 dijual dalam tempoh lima minit selepas ia dilancarkan secara rasmi, manakala di Indonesia, 15,000 unit Realme 2 hanya dalam 10 minit

Realme C1

Apa yang paling mengejutkan, Realme turut menawarkan Realme C1 iaitu smartphone kelas asas untuk bersaing dengan Redmi 6A Xiaomi.

Smartphone ini memberi rekaan yang jauh lebih menarik, rekaan bertakuk dan sokongan dwi-kamera, juga dilihat menewaskan pesaingnya dengan penggunaan cip Snapdragon yang lebih lancar bersama kapasiti bateri tinggi.

Untuk spesifikasi penuhnya, Realme C1 didatangkan dengan skrin 6.2-inci, cip Snapdragon 450, memori 2GB RAM dan storan dalaman 16GB, juga tampil dengan sokongan dwi-kamera 13+5MP, kamera hadapan 5MP, bateri berkapasiti 4230 mAh dan mempunyai mod AI bagi swafoto dan 16.7 juta warna skrin menjadikannya lebih jelas dan nyata.

Realme 2

Memandangkan ia disasarkan kepada golongan muda, kamera untuk Realme 2 juga adalah terbaik dengan 13 megapiksel (MP) untuk kamera belakang dan 2MP untuk bahagian depan dengan pelbagai ciri fotografi.

Realme 2 merupakan peranti kelas permulaan yang hadir dengan rekaan yang menarik, turut membawakan rekaan dengan kemasan potongan berlian pada binaan polikarbonat, bagi memberikan penampakan peranti yang elegan seperti yang dilihat pada OPPO R1x.

Ia juga hadir dengan rekaan takuk di bahagian hadapan untuk memberi paparan yang lebih luas, turut menampilkan skrin bersaiz 6.2-inci pada resolusi HD+, cip Snapdragon 450 dan pilihan konfigurasi 3GB RAM/32GB dan 4GB RAM/64GB.

Turut melengkapkan lagi peranti ini ialah sokongan dwi-kamera 13MP+2MP, kamera hadapan 8MP dan kapasiti bateri yang besar iaitu setinggi 4230 mAh.

Realme 2 Pro

Selain Realme 2, Realme juga membawa masuk Realme 2 Pro untuk memenuhi penggunaan berkuasa, membawakan rekaan berasaskan plastik seperti Realme 2, namun ia kelihatan seolah-olah hadir dengan binaan berasaskan kaca.

Binaan takuknya juga dilihat mengikuti OPPO F9, dengan menyajikan rekaan takuk seumpama titisan air di atas skrin.

Dari segi spesifikasi, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 6.3-inci pada resolusi FHD+, cip Snapdragon 660 dan hadir dalam tiga pilihan konfigurasi iaitu 4GB RAM/64GB, 6GB RAM/64GB dan 8GB RAM/128GB (UFS 2.1).

Realme 2 Pro turut menampilkan sokongan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP, kamera hadapan 16MP, sensor IMX398 untuk menyokong pemfokusan dua teras serta ciri kecantikan AI bagi mengenalpasti 296 titik pengesanan wajah dan lebih lapan juta penyelesaian gambar dan bateri berkapasiti 3500 mAh.

Android 8.1 Oreo

Seperti peranti OPPO, ketiga-tiga peranti Realme ini turut dijana dengan ColorOS 5 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo.

Melalui penyertaan antaramuka ini, ia telah menyediakan sejumlah fungsi menarik seperti sokongan AI dan AR Stickers pada kamera, pengoptimasian prestasi dan kebolehan tema yang boleh dimuat-turun oleh pengguna.

Harga

Di pasaran Malaysia, Realme 2 dijual bermula pada harga RM599, Realme 2 Pro RM849 dan Realme C1 RM449.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

1 comment

  1. nama baru boleh cuba, tapi harapnya tak seperti persaing xiaomi yang lain tenggelam begitu saja

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon