Isnin, Ogos 13, 2018

Kuasa Melantik Ketua Audit Dan Anggota SPRM Kini Tugas Parlimen


Lantikan jawatan Ketua Audit Negara dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi berada di bawah kuasa Perdana Menteri.

Kuasa Melantik Ketua Audit Dan Anggota SPRM Kini Tugas Parlimen

Jawatan itu dicadangkan diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memperketat pentadbiran kewangan negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan melantik Ketua Audit Negara dan anggota SPRM tanpa campur tangan kerajaan.

"Kita telah mengurangkan kuasa Perdana Menteri dan menambah kuasa Parlimen agar kegiatan dalam kerajaan dapat dilihat dan akan ada perbahasan berkenaan perkara yang menimbulkan keraguan," katanya.

Menurutnya, perkara itu telah dicapai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR).

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman, menyingkirkan dan menurunkan pangkat Ketua Audit Negara.

"Perkara yang tidak mungkin kita lakukan adalah berkenaan Pindaan Perlembagaan kerana kita tiada dua pertiga ahli dalam Parlimen melainkan mendapat sokongan pembangkang," katanya.

BTN, PLKN dimansuh serta-merta

Sementara itu, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Keputusan Kabinet pada minggu lalu itu turut menetapkan supaya satu modul dirangka bagi menggantikan kedua program itu.

Jelasnya, perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Khazanah Nasional Berhad akan diadakan dalam masa terdekat dalam usaha merangka modul tersebut.

“Memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Perbincangan turut melibatkan persatuan belia untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan agak program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menetapkan sebarang tempoh bila modul baharu tersebut akan dimuktamadkan.

Kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Mengulas berkenaan nasib kakitangan bagi kedua-dua program itu, Syed Saddiq berkata kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam kementeriannya.

Namun, katanya angka spesifik berkenaan jumlah kakitangan yang akan diserap akan diumumkan kemudian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | astroawani

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon