Saturday, August 04, 2018

Cerpen: Aku Tak Heran La!


“Sampai hati kau Zakuan, buat aku macam ni,” Zulaikha teringat akan perbalahan mereka dua minggu lepas. “Alah rilek la. Aku orang kampung, kau orang kampung. Pada aku kita tak sesuai.

Cerpen: Aku Tak Heran La!
Gambar hiasan.

"Aku nak cari perempuan bandar yang bergaya, yang sofisticated, yang tak hipokrit.

"Aku rapat dengan kau sebab nak kau tolong aku. Tak lebih dari tu pun. Kau je yang perasan lebih,” Zakuan berterus terang kedudukan sebenar hatinya yang kononnya bagus sangat tu.

“Kau nak cari yang tak hipokrit, tapi sebenarnya kau yang hipokrit. Tak guna punya jantan.

"Aku takkan halalkan segala apa yang aku dah tolong kau selama ni. Boleh blah la wei..

"Setakat jantan macam kau aku tak heran la,” marah Zulaikha berlalu pergi bersama air mata.

“Bila kau nak siapkan kerja kau ni? Asyik bertangguh je,” sergah Aisya di belakang.

Hilang segala lamunan Zulaikha. Hilang juga bayangan Zakuan dimatanya.

“Hmm.. aku tak ada mood la. Nak buat satu apa pun tak jalan. Peninglah macam ni,” adu zulaikha.

“Kau jangan macam ni. Presentation kita lagi berapa hari. Exam pun dah dekat.
"Pasal jantan tu kau tak payah nak ingat kat dia lagi dah.

"Buat semak kepala otak je. Fokus boleh tak?” bebel Aisya sambil mengeluarkan buku dari beg.

“Aku tak boleh nak fokuslah masalahnya sekarang ni. Kalau boleh takdalah terbengkalai kerja aku ni. Kau boleh faham tak?” marah Zulaikha merasakan Aisya tidak faham akan masalahnya.

“Aku faham masalah kau, tapi boleh tak kau letak tepi dulu.

"Aku tau kau boleh buat sebab tu aku suruh kau buat. Kau kena kuat.

"Jangan nak ikut sangat rasa marah kau, rasa dendam kau. Dah habis exam nanti kau balaslah apa yang jantan tu dah buat dekat kau. Faham?" pujuk Aisya lagi.

“Hmm.. aku cubalah,” Zulaikha mengalah.

“Eh no cuba cuba. Kau mesti buat. Kau boleh. Aku tau kau boleh,” yakin Aisya.

“Eh kejap, macam mana kau boleh masuk bilik aku ni. Aku rasa aku kunci pintu tadi,” hairan aku macam mana minah kecoh ni boleh masuk.

“Nah. Kuncilah sangat tapi kuncinya kau tinggal dekat luar,” Aisya membaling kunci ke atas mejaku.

“Haa.. kau jangan nak ubah topik ye. Aku tak puas hati selagi kau tak lupakan mamat tu dan kerja kau bertangguh,” sesi meluah rasalah pulak si Aisya ni.

“Yelah yelah. Tapi kan, kau nak ajar aku balas balik apa yang orang dah buat dekat aku eh? Tak baik tau,” sengaja aku menyakat Aisya.

“Aku bukan suruh kau balas yang bukan-bukan. Aku saja je nak bagi kau semangat balik sebab tu aku cakap macam tu.

"Alah kau ni. Saja buat tak faham apa yang aku cuba nak maksudkan,” rajuk Aisya.

“Alolo merajuk pulak kawan aku ni. Jom kita pergi makan nak? Aku lapar la. Dari siang tadi aku tak makan.”

“Ok. Kau belanja tau.”

“Oklah. Tapi jangan makan yang mahal-mahal tau. Aku pun tengah kering ni. Hehe,” sakat Zulaikha melihat temannya menjegilkan mata.

Aisya dan Zulaikha bersahabat semenjak mendaftar masuk ke Universiti dari semester pertama lagi kerana mengambil jurausan yang sama iaitu Pembangunan Sumber Manusia.

Tambahan pula mereka sebilik dan sama-sama berasal dari kampung. Setiap perkara yang berlaku tiada rahsia antara mereka.

Mereka sudah seperti adik beradik malah ibu bapa Aisya sudah mengenali Zulaikha dan ibu bapa Zulaikha juga sudah mengenali Aisya.

Aisya juga mengenali Zakuan tapi, sudah banyak kali dia menasihati Zulaikha supaya tidak rapat sangat dengan Zakuan kerana dia tahu niat sebenar Zakuan.
Mereka tinggal hanya selang beberapa buah kampung sahaja dan dia juga mengenali keluarga Zakuan.

Namun malang, nasihatnya bagai mencurah air ke daun keladi dan musibahnya telah pun terkena pada Zulaikha.

***

“Aisya, bangunlah. Pagi ni kan ada presentation kelas Prof. Sakinah. Weh bangunlah!” Zulaikha menggunakan bantal untuk mengejutkan Aisya setelah puas berlembut.

“Adoi sakitlah. Kau ni kejutlah aku dengan lemah lembut sikit. Sakit badan aku tau tak,” gerutu Aisya.

“Padan muka kau. Dah berapa kali aku kejut tak nak jugak bangun dengan bantallah aku bagi. Hambik kau,” bebel Zulaikha.

Ketawa besar dia bila melihat Aisya hendak termuntah dengan bauan yang keluar dari bantal busuknya yang dibaling tadi.

“Kau dah siap ke ni? Weh! Tunggu aku kejap. Aku mandi P. Ramlee je ni,” Aisya berlari ke bilik air. Itulah rutin harian Zulaikha sejak mengenali Aisya.
Walaupun mereka sudah berlainan bilik namun Zulaikha masih setia mengejutkan Aisya dengan sabar namun kadangkala hilang sabar dibuatnya bila Aisya cukup liat untuk bangun dengan sendiri tanpa dikejutkan Zulaikha.

Pernah sekali Zulaikha pergi kelas sendirian kerana malas untuk mengejutkan Aisya.

Tujuannya hanya untuk menyedarkan gadis itu tidak selamanya mereka bersama namun buat penat cakap saja kerana tidak dipedulikan Aisya.

“Oi! Kau menung apa tu?” bantal yang digunakan oleh Zulaikha untuk mengejutkan Aisya dibaling kepadanya semula.

“Sakitlah. Bila kau masuk? Tak dengar pun,” bantal yang mengenai kepalanya dibaling semula tetapi hanya mengenai bucu katil.

“Mana nak dengar kalau kau mengelamun dah sampai ke jepun,” Aisya memasukkan buku ke dalam beg galasnya seraya berlalu keluar. Kunci biliknya dibaling kepada Zulaikha.

“Eh bilik kau kuncilah sendiri,” Zulaikha hanya bercakap sendiri kerana Aisya sudah jauh meninggalkannya.

Hmm.. terpaksalah tolong minah ni.

***

“Alhamdulillah, dah selesai present. Tunggu nak exam je lagi,” bersungguh benar si Aisya ni.

“Kau konfiden ke dapat full mark present tadi. Beria betul,” kutuk Zulaikha walau hakikatnya dia tahu presentation yang Aisya buat tadi memang bagus.

“Eeh kau ni. Saja nak kutuk aku, nak down kan aku la tu.

"Well, aku dah buat yang terbaik. Berapa markah yang Prof. Sakinah nak bagi kita tak tau lagi. Manalah tahu markah aku lagi tinggi dari markah kau kan,” jawab Aisya.

Habis segelas air diteguk untuk menghilangkan rasa dahaga dari sesi presentation tadi. Zulaikha hanya tersenyum.

“Weh, kau dah tak ingat dekat Zakuan ke?” dengan slumber Aisya bertanya tanpa memandang muka sahabatnya ini.

“Wo ini sudah lebih. Kau saja kan nak bagi aku ingat balik dekat jantan tak guna tu,” dengus Zulaikha.

“Bukan apa, seingat aku kertas kerja dia kan kau yang buat. Apa yang dia present tadi semua idea kau kan?

"Kau tak rasa nak beritahu pada Prof. Sakinah ke?” Aisya mengingatkannya akan situasi tersebut.

Memang pada hakikatnya Zakuan menggunakan Zulaikha untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh setiap pensyarah sebelum ini.

Dan dia dengan rela hati menolong Zakuan kerana dia menyukai Zakuan dan dengan segala bantuan yang diberikan akan membuatkan Zakuan juga menyukainya.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan yang pahit baginya.

“Biarlah dia. Aku cuma doakan dia boleh jawab exam dengan baik,” jawapan ikhlas yang diberikan Zulaikha agak memeranjatkan Aisya kerana sangkanya Zulaikha berdendam dengan Zakuan atas perbuatannya.

“Kau ni biar betul? Kau nak lepaskan dia macam tu je ke? Habis madu sepah dibuang merata-rata,” Zulaikha ketawa mendengarkan peribahasa yang digunakan Aisya.

“Isyy.. kau ni. Cakap tu slow lah sikit. Nanti orang dengar cakap apa pulak.
"Tak pasal-pasal aku kena cop karang,” Aisya menekup mulutnya kerana baru tersedar dimana mereka berada sekarang.

“Opsss! Sorry weh. Tak sengaja terkuat pulak. Hehe.” Aisya memohon ampun.

“Banyaklah kau punya ter.. Aku tersepak kau karang, kau nak cakap apa?” ugut Zulaikha.

“Alah kau ni. Aku saja nak uji kau. Kuat mental ke tidak. Hehe.” Balas Aisya dengan rasa tidak bersalah.

“Tak payah nak uji sangat la. Menyampah aku. Dahlah jom balik,” Zulaikha bangun terus jalan perlahan.

“Eh kejap, aku nak pergi salin jadual exam kita,” Aisya menarik tangan Zulaikha mengikut rentaknya.

“Dah ada ke?” aju Zulaikha kehairanan kerana sudah menjadi kebiasaan setiap semester dia yang akan tolong mengingatkan Aisya.

“Sebab dah ada la aku nak pergi tengok ni. Nanti lambat pulak tahunya. Nak harapkan kau asyik termenung je,” terus saja dia menarik tangan Zulaikha.

***

“Aisya, esok last paper kan, kalau kita buat dajal kat orang boleh tak?” soal Zulaikha kepada Aisya yang asyik masyuk dengan buku penyeliaan staf.

“Nak buat dajal dekat sapa pulak ni. Hmm?” soal Aisya balik.

“Hehe, dekat sapa lagi mamat hipokrit tu la,” jawab Zulaikha yang sudah membayangkan situasi itu.

“Kau nak buat apa? Jangan buat yang teruk-teruk, kesian dia,” Aisya buat muka kesian.

“Mana ada teruk. Sikit je,” balas Zulaikha mendiamkan diri.

“Tapi aku nak buat apa eh?” soalnya balik.

“Tak payah la. Biar je dia tu. Belum tentu lagi dia dapat result gempak semester ni,” pujuk Aisya lagi.

“Betul jugak kan. Kalau aku buat dajal kat dia entah-entah aku pun terkena tempiasnya. Tak nak lah aku.”

“Eh! Bukan haritu kau cakap kau redha ke? Siap doakan untuk dia lagi. Sekarang nak pedajal kat dia pulak. Pelik lah kau ni,” kemusykilan Aisya membuatkan Zulaikha berfikir.

Betul jugak apa yang minah ni cakap hmm..

Tok! Tok!

“Tolong bukakan pintu Aisya. Siapa pulak yang datang. Suara macam nak kenal,” Zulaikha meminta Aisya membukakan pintu kerana dia berada paling dekat dengan pintu.

“Hah Farah. Kau nak apa?” sergah Aisya sebelum sempat Zulaikha bersuara.

“Aku nak jumpa Zulaikha bukan kau. So please, tepi sikit,” Farah menolak bahu Aisya yang membuat muka bengang.

“Ye cik Farah, ada apa?” Zulaikha menyoal farah meski dia sudah tahu maksud kedatangan Farah ke biliknya.

“Apa masalah kau sebenarnya hah? Apa lagi yang kau nak dengan Zakuan.

"Dia hak aku. Kau jangan nak kacau dia lagi,” Farah memberi amaran.

Zulaikha hanya memandang Aisya yang kebingungan kerana dia memang tidak pernah menceritakan siapa teman wanita Zakuan kepadanya.

“Kau ambiklah dia. Aku tak heranlah dengan dia tu. Kalau kau nak bagi dia semula dekat aku pun aku tak naklah.

"Aku dengan dia tak pernah ada apa-apa, mungkin aku saja yang perasan lebih.

"Sekarang aku cuma nak tumpukan pada exam kita. Itu saja. Harap kau fahamlah ye.”

Hambik kau. Ingat aku heran. Kutuk Zulaikha dalam hati.

“Ok. Kalau aku dapat tahu kau kacau dia lagi siap kau,” Zulaikha hanya tersenyum melihat Aisya yang mengajuk Farah.

“Woi! Kau dengar tak ni? Ingat Zulaikha, kalau kau kacau Zakuan lagi, aku tahulah nak buat apa dengan kau. Kau pun sama,” Zulaikha hanya mengangkat bahu kepada Aisya melihat langkah Farah berlalu pergi.

“Sebenarnya kan apa masalah korang hah? Apa hubungan dia dengan Zakuan. Kau tak cerita pun,” soal Aisya bertalu-talu.

“Sebenarnya tulah awek Zakuan. Aku saja tak nak cerita kat kau. Nanti kau banyak songeh pulak. Hehe..

"Alah! Biarlah diorang. Aku dah tak kisah dah pun,” ujar Zulaikha berjauh hati.

“Alah, janganlah sedih. Aku kan ada. Aku akan sentiasa dengan kau. Kita kan BFF. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Aisya menenangkan Zulaikha dengan memeluknya dari belakang.

“Aku oklah. Kau tak nak balik bilik kau ke?” Zulaikha tidak berniat untuk menghalau tetapi dia tidak mahu mengganggu Aisya untuk study.

“Tak naklah. Aku nak teman kau. Boleh kan? Lagipun aku tak nak kau fikir apa dah.

"Aku nak kau study untuk paper esok. Ok?” Zulaikha hanya menganggukkan kepala.

***

“Alhamdulillah, dah selesai exam kita. Wah dah tak payah fikir pasal study lagi. Da boleh fikir pasal kerja weh,” seronoknya Aisya.

“Ye lah. Kita nak mintak kerja kat mana ye. Kita mintak sekali la,” cadang Zulaikha.

“Aku pun ingat macam tu jugak. Boleh kita sewa rumah sama-sama, pergi kerja sama-sama, shopping sama-sama. Wahh seronoknye.” Aisya sudah membayangkan kehidupan mereka selepas ini.

“Hai Zulaikha, jom kita pergi makan nak?” Zakuan muncul tiba-tiba.

“Tak naklah. Aku ni hipokrit bukan macam kau.

"Kau baik, mana nak kawan ngan aku. Aku orang kampung kau kan nak orang bandar,” Zulaikha terus berlalu pergi membuat Zakuan terkulat-kulat.

“Padan muka kau. Dia baik ngan kau, kau tikam dia. Sekarang rasakan,” sakit hati Zakuan ditambah dengan perbuatan Aisya padanya.

“Aku cuma nak mintak maaf dengan kau Zulaikha. Aku tau aku salah. Aku salah menilai kaca dan permata,” Zakuan mengeluh sendirian.

Akhirnya impian Aisya dan Zulaikha untuk bersama tercapai. Mereka bekerja di bangunan yang sama tetapi berlainan syarikat, menyewa bersama malah mereka pergi kerja juga bersama.

Mereka juga sedang mengenali pasangan masing-masing. Moga-moga jodoh berpanjangan. Zakuan pula membawa diri merantau ke tempat orang.

~Tamat

BACA INI JUGA:

sumber: penulisan2u

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon