Rabu, Jun 20, 2018

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari


Baru beberapa jam pakai mekap, foundation, maskara, eyeshadow, blusher dan lipstik sudah hilang entah ke mana. Mesti rasa hendak marah sebab lama bersiap tetapi hasilnya hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja.

Solekan Tahan Lebih Lama

Seorang pengguna Facebook, telah berkongsi beberapa teknik serta cara bagi mengekalkaan solekan supaya tahan lebih lama.

Uniknya, posting itu telah dikongsikan oleh netizen tempatan yang rata-ratanya mahu solekan mereka bertahan lebih lama sepanjang hari.

Namun, ini hanyalah perkara asas yang sepatutnya digunakan oleh semua golongan wanita yang mahukan wajah mereka kekal cantik walau sudah seharian mengenakan alat solek.

1. Serum

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Serum turut merupakan antara barang asas yang perlu ada di dalam beg solek setiap wanita.

Ia perlu dipakai pada lapisan pertama sebelum mengenakan solekan supaya lapisan kulit akan dilindungi oleh khasiat serum itu.

Hal ini kerana seandainya terlampau banyak produk yaang diletakkan di wajah tanpa kawalan, tidak mustahil liang pori di wajah anda akan tersumbat.

Maka, carilah apa-apa sahaja jenis serum yang sesuai dengan kulit wajah anda supaya tidak mengalami apa-apa masalah selepas beberapa tahun nanti.

2. Moisturizer

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Wajah juga perlu sentiasa dalam keadaan lembab sebelum mengenakan sebarang solekan.

Oleh itu, moisturizer sangat penting bagi mengekalkan kelambapan di wajah agar tidak kelihatan kering ataupun kusam.

Terdapat banyak jenama moisturizer yang anda boleh dapati dekat farmasi seperti Watsons dan Guardian.

Bermula dengan harga yang murah sehingga yang paling mahal tetapi yang mahal pastinya mempunyai kualiti lebih tinggi berbanding yang murah.

3. Primer

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Antara rahsia dalam mengekalkan solekan sepanjang hari ialah penggunaan primer.

Primer bertujuan untuk mengunci segala jenis produk yang sudah diletakkan di wajah anda.

Dengan itu, solekan akan bertahan lebih lama berbanding seandainya anda tidak menggunakan sebarang primer.

4. Foundation

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Kepada semua kaum wanita, anda perlu bijak dalam memilih warna foundation kerana jika tersalah warna, wajah anda mungkin akan kelihatan pucat, terlampau gelap.

Foundation mempunyai dua jenis texture iaitu cecair dan krim.

Tetapi kebiasaannya bagi jurusolek profesional, mereka akan menggunakan foundation cecair keran ia lebih mudah dan lebih pantas untuk bersiap.

5. Concealer

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Concealer bertujuan untuk menutup segala cela di wajah antaranya ialah bekas jerawat, tompok hitam atau eyebag yang melampau di bawah mata.

Oleh itu, ia hanya perlu dipakai dekat kawasan yang sepatutnyaa sahaja dan diratakan sehingga rata dengan foundation tadi.

6. Loose powder

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Selepas selesai meletakkan segala ‘bahan rahsia’ di wajah, kini tiba masanya untuk memakai loose powder.

Loose Powder bertanggungjawab untuk mencantikkan serta menutralkan wajah agar kelihatan lebih cantik dan halus.

Teksturnya yang sangat ringan turut membuatkan anda rasa seperti tiada rasa apa-apa di wajah.

7. Makeup spray

Tips Kekalkan Solekan Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Tibanya langkah terakhir untuk anda mengekalkan solekan sehingga ke malam hari.

Selain mengekalkan solekan, makeup spray turut berfungsi untuk membuatkan wajah anda glowing!

Makeup spray digunakan selepas anda selesai dengan semua langkah solekan termasuk memakai maskara, eyeshadow dan lain-lain.

Maka dengan itu, solekan anda mampu untuk bertahan seharian tetapi anda juga perlu menambah sedikit sahaja solekan seperti pemerah pipi atau gincu bibir.

Jadi lepas baca semua langkah ni, mesti mudah sahaja anda nak kekalkan solekan untuk tahan lama!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon