Saturday, June 30, 2018

Kenapa Dalam Tin Sardin Ada Cacing?


Kehadiran cacing di dalam ikan adalah sesuatu perkara yang sangat menggelikan dan penemuan cacing di dalam produk makanan yang telah di tinkan membuktikan kegagalan pengeluar produk untuk menjamin kualiti makanan keluaran mereka.

6 Jenama Sardin Ada Cacing

Nama saintifik bagi cacing yang sering ditemui dalam tin adalah Anisarkis Simplex dan biasanya terdapat di dalam ikan hering, mackerel dan sardin.

Cacing ini boleh membesar sehingga 2 cm panjang, tidak berwarna dan sering ditemui melingkar di dalam perut ikan.

Parasit seperti cacing sememangnya sering di temui didalam perut dan daging ikan dan kebiasaannya, pengguna TIDAK menyedari akan kehadiran parasit ini.

Bagaimana Cacing Ini Boleh Menjangkiti Ikan?

Parasit Anisakis memiliki kitaran hidup yang kompleks dan perlu melalui pelbagai perumah yang berbeza seperti ikan, udang, sotong dan biasanya berakhir di haiwan mamalia laut seperti ikan lumba lumba, ikan paus dan anjing laut.

Makan ikan mentah dan tidak di masak dengan sempurna meningkatkan risiko jangkitan ini.

Ikan yang bersaiz besar biasanya mengandungi jumlah cacing yang lebih banyak.

Ikan besar makan lebih banyak dan menelan parasit lebih banyak dan besar.

Ikan liar yang ditangkap adalah lebih berisiko dari ikan di dalam sangkar.

Antara kawasan yang memiliki kes jangkitan yang tinggi adalah negara Scandinavia, Jepun, Belanda, Sepanyol dan negara sekitar lautan Pasifik.

Bolehkah Cacing Ini Memberi Kesan Kepada Manusia?

Ya, cacing ini BOLEH menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai anisakiasis.

Dalam tempoh beberapa jam selepas termakan cacing ini, ia akan cuba menembusi dinding usus manusia.

Setelah gagal, ia akan terperangkap di usus dan mati. Hal ini akan merangsang imun tubuh yang menyebabkan tindak balas alahan.

Bagi inidividu yang mempunyai alahan kepada parasit ini, gejala alahan akan muncul seperti gatal gatal dan ruam.

Antara gejala lain yang boleh berlaku adalah sakit perut secara tiba tiba dan muntah.

Dalam kes yang lebih serius, alahan kepada cacing ini boleh menyebabkan alahan teruk yang boleh menyebabkan kematian.

Bagaimanakah Mencegah Jangkitan Ini?

Satu satunya cara untuk mencegah jangkitan ini adalah dengan membersihkan ikan dan memeriksa isi ikan sebelum memasaknya.

Bahagian perut merupakan “sarang” utama cacing ini oleh itu, pastikan anda mencuci bahagian ini dengan sempurna.

Anisakiasis boleh dicegah dengan memasaknya pada suhu lebih tinggi daripada 60 ° C atau membekunya, FDA mengesyorkan semua jenis makanan laut perlu di sejuk bekukan serendah -35 ° C selama 15 jam.

Memerap dan mengasinkan ikan TIDAK akan membunuh cacing ini.

Apakah Rawatan Jangkitan Cacing ini?

Anisakis TIDAK mampu bertahan untuk hidup di dalam tubuh manusia, dan akhirnya akan mati.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan itu di rawat dengan mudah berdasarkan gejala pesakit (rawatan simptomatik).

Walau bagaimanapun, jangkitan boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti usus kecil tersumbat, yang mungkin memerlukan pembedahan.

Rawatan dengan ubat anti cacing biasa juga sangat berkesan membunuh cacing ini.

Apa yang di pelajari dari Isu Cacing didalam produk Tin Sardin Ini?

Pihak pengeluar produk tersebut TIDAK mencuci dan membersihkan ikan dengan sempurna.

Pihak pengeluar TIDAK memeriksa produk mereka dan tidak memeriksa kualiti produk sebelum di pasarkan.

Sebagai pengguna, isu ini memberi pengajaran untuk kita untuk sentiasa memeriksa makanan yang di beli termasuklah produk di dalam tin.

Sekiranya anda mengesyaki sebarang objek asing di dalam makanan anda, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau laman web kementerian kesihatan terdekat untuk tindakan susulan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: Public Health Malaysia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon