Wednesday, May 23, 2018

Harga Semua Model Kereta Proton Turun Mulai 1 Jun 2018


Proton menawarkan harga rendah bagi semua model keluarannya susulan langkah pihak kerajaan memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 Jun depan.

Harga Proton Turun

Pembeli kereta Proton malah akan menikmati pengecualian cukai berserta penjimatan hebat pada harga baharu kerana syarikat automotif itu kini sedang berusaha untuk meningkatkan nilai tambah kepada pe­langgan.

Namun buat masa ini, walaupun harga kekal sehingga tarikh GST berkadar sifar dilaksanakan, pelanggan diberi pilihan rebat tunai segera atau baucar servis yang ada nilai bersamaan perbezaan harga semasa dengan baharu.

Harga semua model turun ketara;
  • Saga bagi varian 1.3 CVT Premium adalah RM39,480.43 berban­ding harga GST iaitu RM44,072.25.
  • Persona 1.6 CVT Premium dengan kit badan metalik berharga RM51,531.91.
  • Iriz 1.6 Premium CVT (RM53,114.51).
  • Exora 1.6 Executive CVT Plus (RM67,302.13).
  • Preve MC 1.6 CVT Premium (RM65,888.11).
  • Suprima S model 2017 (RM70,944).
  • Ertiga 1.4 Executive CVT Plus (RM57,336.42).

Tambah kenyataan Proton itu lagi, selain penurunan harga, terdapat juga inisia­tif jualan menarik sepanjang bulan Mei yang akan memudahkan orang ramai untuk memiliki kereta Proton melalui promosi Kosong-Kosong.

Ia menawarkan pembeli Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Ertiga (semua varian) dan Exora (semua varian) yang mendaftar dengan pihak Hong Leong Bank akan menikmati pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

Bahkan kenyataan itu menjelaskan bahawa pelanggan yang memilih untuk membeli model Saga atau Persona pula akan menerima ansuran tiga bulan percuma jika mereka memilih untuk dibiayai melalui Proton Commerce.

Bagi yang membeli model Proton Suprima S, mereka akan me­nik­mati diskaun tunai sehingga RM15,172 sebagai tambahan nilai kepada penurunan harga daripada GST.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

1 comment

  1. walaupun tanpa gst, harganya masih mahal, cadang dan tetap ambil kereta second-hand juga nampaknya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon