Tuesday, March 27, 2018

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom


Daerah Tenom sememangnya terkenal dengan kopinya yang berbau harum, dibuka secara rasminya pada tahun 1900-an, dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia dengan keluasan kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi meliputi Daerah Kecil Kemabong.

Tenom kaya dengan keindahan alam semula jadi dengan bukit-bukau penuh misteri dan lengkap dengan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis dan hidupan liar.

Bagi anda yang berhasrat untuk melancong ke Daerah Tenom, Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dilawati.

1. Tenom Coffee Valley

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Tenom Coffee Valley merupakan tempat menarik bagi sesiapa yang ingin bersantai sambil menikmati produk kopi.

Tenom Coffee Valley menjanjikan makan dan minuman berasaskan produk kopi yang yang sedap dan lazat khas untuk anda.

Antara produk kopi ialah enom Black Coffee, Cappuccino, Latte, Mocha, Cocoa, Caramel Macchiato, Tea, smoothies, juices, cakes, muffins dan sebagainya.

2. Padas White River Rafting

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Bagi anda yang meminati sukan lasak, aktiviti air atau rafting mungkin paling sesuai buat anda yang terletak di Sungai Padas, Tenom.

Untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu menaiki keretapi daripada stesen keretapi tenom ke Stesen Pangi dan memakan masa lebih kurang 40 minit perjalanan.

Jangan risau, tambang keretapi adalah murah dan berpatutan disamping pengalaman menaiki keretapi bagi sesiapa yang belum pernah menaiki kenderaan ini.

Perlu diingatkan, aktiviti ini adalah berbentuk pakej dan anda perlu berhubung dengan ejen sukan lasak yang bertauliah dan boleh dipercayai.

3. Batu Berukir Kampung Ulu Tomani

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Lokasi tempat bersejarah ini adalah di kampung Bakuku, Ulu Tomani dan untuk sampai ke lokasi Batu Berukir di kampung Bakuku ini, anda perlu menempuhi perjalanan sejauh 65 Kilometer.

Pelawat juga perlu berjalan kaki untuk sampai ke tempat ini yang mana memakan masa lebih kurang 30 minit.

4. Kilang Kopi Fatt Choi

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Kilang Kopi Fatt Choi terkenal disebabkan daya tarikannya yang sendiri, juga dikenali sebagai Starbucks Coffee disebabkan rasa kopinya yang sangat sedap.

Rasa kopi yang lazat dan berlemak menjadikan tempat ini sangat terkenal dan sentiasa dikunjungi ramai.

Mudah sahaja untuk pergi ke tempat ini, jika anda bersiar-siar di sekitar Tenom, anda pasti akan melalui tempat ini.

5. Kilang Kopi Yit Foh

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Kilang Kopi Yit Foh tidak asing lagi bagi penduduk setempat khasnya di Daerah Tenom kerana selain kawasan kilang yang cantik, anda juga boleh duduk dengan secawan kopi pada harga yang berpatutan.

Anda boleh membeli produk kopi secara terus dari kilang ini.

Anda juga boleh mendapatkan produk kopi dalam bentuk cenderahati dalam kotak khas untuk diberikan kepada rakan-rakan ataupun sebagai hadiah.

Kilang ini terletak lebih kurang 5 kilometer sahaja dari Pekan Tenom.

6. Taman Pertanian Lagud Sebrang

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Taman Pertanian Tenom Lagud Sebrang merupakan salah satu daya tarikan utama di Daerah Tenom dengan pelbagai jenis tanaman boleh ditemui di tempat ini.

Disebabkan kawasannya yang cantik, segala tanaman ditanam secara terancang dengan landskap yang menarik menjadikan tempat ini dijadikan tempat bagi pasangan yang bakal berkahwin sebagai latarbelakang gambar “pre-weeding” mereka.

Taman ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Tenom.

Antara daya tarikan di tempat ini ialah jungle trekking, taman haiwan, tasik, pusat lebah, muzium tumbuhan hidup dan sebagainya.

7. Pusat Kebudayaan Murut

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Pusat Kebudayaan Murut merupakan salah satu tempat yang menarik di Tenom dan terletak lebih kurang 13 kilometer dari Pekan Tenom yang terletak di Kampung Pulong.

Tempat ini merupakan satu-satunya tempat yang memaparkan seni bina dan kebudayaan serta tradisi Kaum Murut khasnya.

Banyak bahan bersejarah yang dipamerkan di tempat ini, termasuklah peralatan, pakaian, alat muzik seperti gong dan sebagainya.

Untuk masuk ke tempat ini, yuran sebanyak RM 5.00 dikenakan kepada orang dewasa dan pelajar dikenakan RM 3.00 seorang.

8. Pammos View Batu 15.5 Kampung Pamilaan

8 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Tenom

Pammos View yang terletak di Kampung Pamilaan, Tenom sememangnya terkenal sebagai tempat utama penduduk dari daerah Keningau dan Tenom untuk beriadah, bermandi-manda, berbeku dan juga beristirehat terutamanya pada waktu hujung minggu dan cuti sekolah.

Tempat ini terletak lebih kurang 20 kilometer dari pekan Keningau atau 28 kilometer sekiranya bertolak dari pekan Tenom, Sabah.

Kos untuk mendaftar masuk ke tempat ini hanyalah RM 2.00 seorang dan tiada yuran dikenakan kepada kanak-kanak dibawah 5 tahun.

Pammos View juga menyediakan kemudahan seperti kedai runcit dan juga penginapan khas bagi sesiapa yang bercadang untuk menginap atau merasai suasana tenang di tempat ini.

Sejarah Daerah Tenom

Pegawai Daerah Tenom yang pertama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate.

Namun demikian, mengikut kajian arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962), Dr. Neville (1963), A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980) ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal dan bukit bukau di Banjaran Kroker, terbukti kawasan ini telah diduduki sejak prasejarah lagi.

Di kawasan ini dijumpai 'Batu Penukul' beliung, batu yang digunakan oleh orang-orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian.

Pada mulanya, nama Daerah Tenom ialah Port Birch, sempena nama Gabenor E.W Brich (1901-1904) bagaimanapun, nama Tenom telah wujud pada tahun 1904 berikutan siapnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.

Penduduk

Suku kaum Murut merupakan suku kaum terbesar iaitu 60%, diikuti oleh Cina 20%, Melayu 10%, Dusun Kadazan 8% dan lain-lain 2%.

Suku kaum Murut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu suku Murut Timugon dan Murut Tagol.

Suku kaum Murut Timugon kebanyakannya menetap di kawasan Mukim Pekan, Mukim Melalap dan Mukim Entabuan manakala kaum Murut Tagol dan Murut Lundayeh menetap di kawasan Mukim Sapong, Mukim Kemabong, Mukim Tomani dan Mukim Rundum.

Agama

Agama Kristian dianuti oleh sebahagian daripada masyarakat Murut Lundayeh dan Kadazan/Dusun. Agama Buddha dianuti oleh Masyarakat Cina.

Selain itu, terdapat sebahagian daripada masyarakat Murut Lundayeh dan Cina yang menganuti agama Islam, Tao, Kristian dan ada juga yang masih Pagan.

Walaupun pelbagai anutan agama oleh masyarakat di Tenom, sesuatu yang jelas ialah kepatuhan terhadap tanggungjawab untuk mengerjakan ibadat sembahyang di kalangan komuniti-komuniti yang mengamalkan sistem yang berlainan.

Perhubungan

Daerah Tenom boleh dihubungi melalui jalan darat Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer.

Daerah Tenom tidak mempunyai masalah perhubungan jalan darat kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom telahpun mendapat perhubungan jalan raya, sama ada dibina oleh kerajaan melalui Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan kereta api dari Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.

Ekonomi

Kedudukan ekonomi Daerah Tenom bergantung kepada hasil pertanian terutama sekali pengeluaran getah yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Daerah Tenom.

Pada masa kini, pertumbuhan ekonomi di daerah ini telah meningkat dengan kewujudan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan terutama sekali pertumbuhan sektor kelapa sawit, perindustrian, perkilangan dan juga pelancongan.

Pertanian

Pada asasnya, Daerah Tenom mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian berjumlah 30,000 hektar dan sehingga tahun 2000 keluasan yang diusahakan berjumlah 22,000 hektar.

Tanaman utama ialah getah diikuti oleh koko, kopi, padi sawah dan tanaman buah-buahan.

Stesen Penyelidikan Lagud Seberang ialah pusat penyelidikan dan kajian terhadap pelbagai tanaman seperti koko, kopi, buah-buahan dan lain-lain.

Selain itu, pusat ini juga menjual pelbagai jenis benih (bibit) buah-buahan untuk dijual kepada orang ramai.

Di Daerah Tenom juga terdapat beberapa agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pertubuhan peladang seperti Tanah Negeri Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah.

Tempat penginapan

Bagi pelancong atau pelawat yang melawat Daerah Tenom, tiada kesulitan untuk mencari tempat tinggal. Tenom mempunyai sebuah hotel bertaraf antarabangsa, di samping hotel-hotel sederhana, chalet dan rumah rehat yang disewakan dengan harga yang sederhana dan berpatutan.

Tempat makan dan minum

Di Tenom juga terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan dan minuman halal di samping harganya yang amat berpatutan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sabah

sumber: infosantai | wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon