Wednesday, February 14, 2018

Video 'Intim' Mirip Lee Chong Wei?

Loading...

Jaguh badminton negara Lee Chong Wei menafikan terlibat dalam video seks yang tular di alam maya, didakwa miliknya bersama seorang wanita tidak dikenali.

Video seks Lee Chong Wei

Chong Wei mengakui, ia mungkin disebarkan pihak tertentu sebagai taktik kotor menjatuhkannya, ekoran filem biografi dirinya berjudul Lee Chong Wei: Rise of the Legend bakal ditayangkan di pawagam bulan Mac 2018 depan.

“Dia tidak nampak macam saya pun.

“Kenapa ini berlaku?

“Mungkin sesetengah orang ini ada banyak masa (untuk sebarkan video sebegitu),” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.

Chong Wei juga mendedahkan beliau sendiri menerima video itu yang dihantar oleh pelbagai pihak.

“Kamu nak saya hantar pada kamu?” katanya berseloroh.

“Ramai orang hantar pada saya.

“Ada pelbagai jenis orang di luar saya, saya malas hendak ambil peduli.”

Carian di Internet dengan mudahnya akan mempertemukan kita dengan beberapa laman web lucah yang memuat naik video lelaki yang didakwa mirip Chong Wei itu.

Video kira-kira 11 minit itu memaparkan hubungan seks seorang lelaki dan seorang wanita.

Laporan itu muncul ketika filem berkaitan kisah hidup Chong Wei akan memasuki panggung wayang tidak lama lagi.

Malam perdana filem berkenaan yang akan diadakan pada 9 Mac dan bakal mencatat rekod antarabangsa apabila 30,000 orang dijangka menontonnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia akan ditayangkan menggunakan layar gergasi LED bersaiz 40 meter x 17 meter.

Lee Chong Wei bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berkaitan penyebaran video seks miripnya itu kerana ia bukan dia.

Bagaimanapun, beliau dilapor memberitahu bahawa akan membuat laporan polis bagi mencari siapa dalangnya.

BACA INI JUGA: Punca Kegagalan Mutlak LCW Memburu Pingat Emas Olimpik Dan BWF!

sumber: mk

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon