Thursday, February 01, 2018

Akhirnya Saintis Berjaya Temui Punca Sebenar Masalah Sakit Jantung Dan Buah Pinggang!


Tahukah anda diseluruh dunia sekarang terdapat lebih 225 juta penduduk dunia sedang menderita akibat sakit jantung dan buah pinggang, dua keadaan yang dilihat saintis sebagai sesuatu yang kronik dan tiada penyelesaian kecuali mati!

Akhirnya Saintis Berjaya Temui Punca Sebenar Masalah Sakit Jantung Dan Buah Pinggang!

Malah, sudah lebih 100 tahun berlalu pakar-pakar perubatan menjangkakan penyakit sebegini yang diistilahkan sebagai (Fibrotic Diseases) tidak boleh disembuhkan kerana manusia belum tahu secara tepat, apa punca yang menyebabkan organ-organ penting tubuh hilang keupayaan fungsi.

Apakah unsur dalam tubuh yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Apakah sebenarnya reaksi tubuh ketika cuba mempertahankan kerosakan dan memulihkannya?

Jawapan tepat tidak ditemui, cuma kajian relatif menemui gaya hidup menjadi punca penyakit berbahaya begini berlaku.

Secara umumnya, bagaimana hidup seseorang itu mempengaruhi tubuh dan bagaimana reaksi tubuh pada gaya hidup juga belum ada kajian jelas menunjukkan ia adalah penyebab fibrotic disease.

Menyedari keadaan misteri ini telah lama berlaku, sekumpulan pengkaji daripada Duke-NUS Medical School (Duke-NUS) bersama Pusat Jantung Kebangsaan Singapura (NHCS) berusaha mencari jawapannya.

Tanpa disangka, misteri yang menyelubungi ketakutan manusia akhirnya berjaya ditemui.

Hasil penyelidikan tersebut, mereka berjaya menemui sejenis protein yang dikenali sebagai Interleukin 11 (IL11) yang dikenal pasti menjadi punca masalah jantung dan buah pinggang.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan, pengkaji ini menjelaskan bahawa sebelum ini, saintis telah mengenal pasti protein boleh menjadi faktor yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan Beta 1 (TGFBI) dan usaha merawatnya telah dilakukan.

Bagaimanapun, keadaan ini lama kelamaan menyebabkan berlaku fibrosis dan parut pada organ penting seperti jantung dan buah pinggang. Tisu-tisu mulai merosot dan rosak.

Jadi, rawatan yang bertumpu pada perkara ini telah menyebabkan beberapa kesan sampingan teruk.

Justeru, selepas penemuan IL11, sasaran rawatan kepada Interleukin kini lebih tepat berbanding sasaran TGFB1 sebelum ini.

Setiap tahun NHCS mengendalikan lebih 120,000 rundingan pesakit luar, merangkumi 6,000 prosedur intervensi dan pembedahan dengan 9,000 orang pesakit.

Pelbagai rawatan telah dilakukan untuk serangan jantung seperti 'angioplasty belon' dengan 'stenting' dan juga pembedahan pintasan koronari.

Penemuan terbaru itu bakal menyelamatkan jutaan nyawa pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon