Wednesday, February 14, 2018

Lumpuh Separuh Badan Selepas Main Game 20 Jam!


Gara-gara leka bermain game selama lebih 20 jam di siber kafe, seorang lelaki yang identitinya dirahsiakan di China, lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah, memaksa paramedik membawa lelaki itu ke hospital.

Lumpuh Selepas Main Game 20 Jam

Dalam masa yang sama, ketika dia diusung ke dalam ambulans, lelaki itu masih sempat merayu kepada kawan-kawannya untuk bermain bagi pihaknya.

Menurut Chinese news site QQ.com, lelaki berkenaan mahu ke tandas apabila dia secara tiba-tiba menyedari bahawa bahagian bawah badannya tidak boleh bergerak.

Lelaki itu kini di bawah pemantauan hospital.

Pemainan video game menjadi isu utama di negara China kerana ia melibatkan golongan remaja yang kebanyakannya memilih untuk bermain game dan mengetepikan pengajian serta kehidupan sosial.

Malah, ketagihan kepada internet dianggap sebagai satu penyakit di China sehinggakan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem pemulihan untuk membuang ketagihan tersebut.

Salah satu permainan paling popular di internet ialah ‘King of Glory’ yang dimainkan dengan beberapa pemain dan dikatakan sebagai `candu’ internet.

Permainan itu diperkenalkan pada tahun 2015 dan telah menarik 50 juta orang untuk bermain pada satu-satu masa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Wanita Buta Selepas Main Game Di Smartphone Tanpa Henti!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon