Tuesday, February 06, 2018

KR1M: Mydin Rugi RM100 Juta, Rakyat Malaysia Tiada Wang


Mengulas kegagalan projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata dirinya mungkin terlalu naif ketika membabitkan rantaian hypermarket Mydin dengan projek yang bertujuan membantu rakyat Malaysia mengatasi peningkatan kos sara hidup itu.

KR1M rugi RM100 Juta

"Saya rasa niat itu sangat mulia, kerajaan mempunyai niat sangat mulia. Kami juga fikir bahawa kerana sebagai rangkaian hypermarket tempatan terbesar, kami perlu terbabit dengan inisiatif ini.

"Kita lakukan ini demi rakyat... kerana pada penghujung hari, kita semua adalah rakyat Malaysia, kita mencari wang di sini dan Mydin membuat RM50 hingga 70 juta setahun.

“Jadi, saya kata, biar kita lakukan ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kita.

"Berapa banyak kita boleh rugi,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio BFM.

Ameer berkata sepanjang pembabitan syarikatnya dengan projek KR1M, Mydin mengalami kerugian lebih RM100 juta.

"Mungkin, kita fikir kita mampu menanggungnya. Malangnya, kos logistik di sebalik projek ini sangat besar," katanya.

Ameer menjelaskan tidak seperti perniagaan biasa yang memperluas kedai mereka daripada sebuah pusat, KR1M berusaha memperluaskan perniagaan hingga ke kawasa pedalaman.

"Kamu akan terkejut dengan harga barangan di mana seperti di Kapit, Belaga, di Sabah, Sarawak. Kami hantar barangan ke sana dengan kontena dan ia habis dengan begitu cepat sekali.

"Tetapi kami juga menjual pada harga yang sama yang kami jual di Malaysia Barat untuk kebanyakan barangan.

"Kos logistik, secara serius, berjumlah kira-kira 20 hingga 25 peratus," katanya.

Ameer berkata Mydin terpaksa menanggung kerugian itu dan tidak ada yang diserap oleh kerajaan.

Mengenai laporan bahawa wang pembayar cukai melebihi RM100 juta juga dicurahkan dalam projek KR1M, Ameer berkata ini adalah aset yang dibeli oleh kerajaan.

"Biar saya letakkannya dalam perspektif. Apabila kamu membuka kedai KR1M, aset itu, bermaksud pengubahsuaian, gondola, dibayar oleh kerajaan.

"Aset bukan barangan, barangan milik kami, kos operasi juga milik kami, harga kami, kerugian kami, kos logistik tidak ada, saya kerugian sebanyak RM100 juta.

"Mungkin ini tanggunjawab sosial (CSR) untuk kami, ini adalah pengalaman pembelajaran. Kerajaan pada dasarnya membelanjakan wang ke atas aset itu," katanya.

Ameer berkata sementara Mydin terpaksa menanggung kerugian ke atas barangan yang dijual pada harga diskaun, kerajaan tetap mengekalkan asetnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memberi sebarang subsidi dalam KR1M.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan semula KR1M sebagai KR1M 2.0 di bawah model perniagaan baru selepas Mydin menarik diri daripada projek itu menurut malaysiakini.

KDNK kukuh tetapi rakyat tiada wang

KR1M rugi RM100 Juta

Malaysia mungkin menyaksikan pertumbuhan dalam negara yang kukuh tetapi pengguna tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan runcit mereka, kata Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin.

Dalam temu bual dengan stesen radio BFM, Ameer berkata jualan hypermarket terus menyaksikan penguncupan.

"Saya tidak kata, tidak ada pertumbuhan, sudah tentu, perangkaan menunjukkannya. Tetapi di negara, lazimnya, apa yang kita lihat adalah pertumbuhan itu (dijana oleh) perbelanjaan domestik.

"Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar (di Malaysia) yang menguasai 50 peratus pasaran runcit (menyaksikan pertumbuhan) negatif.

"Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang," katanya dipetik sebagai berkata.

Ameer berkata pada suku pertama, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 5.6 peratus manakala jualan runcit menyusut sebanyak 1.2 peratus dan jualan hypermarket pula menguncup sebanyak 4.8 peratus.

"Itu yang membuat kita tertanya-tanya, bagaimana pertumbuhan sesebuah negara boleh berkembang sedangkan hypermarket, yang merupakan perbelanjaan asas sebenar di negara ini, adalah negatif.

"Suku ketiga, industri runcit Malaysia menguncup 1.1 peratus. Perniagaan hypermarket turun sebanyak lima peratus.

“Suku keempat, perangkaannya belum keluar tetapi saya boleh memberitahu bahawa jualan runcit tidak akan melebihi tiga peratus manakala hypermarket akan menjadi negatif tiga hingga empat peratus," katanya.

Ameer berkata berdasarkan data Mydin, harga barangan mengalami kenaikan antara 14 hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.

"Apabila kita melihat barangan secara berasingan, ia menakutkan. Kubis - kubis Cameron - ia meningkat secara keseluruhan 29 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.

"Ikan kembung hitam, 19.5 peratus, sos maggi cili yang dakwa mereka tidak pernah dinaikkan harga, 38.8 peratus, sardin jenama Ayam, pula naik sebanyak 30.6 peratus.

"Dan kamu mungkin kata, kenaikan enam peratus mungkin kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan," katanya kepada BFM.

Walau bagaimanapun, Ameer berkata sama ada kenaikan purata 14 hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun lalu adalah signifikan bergantung kepada kadar kenaikan gaji pengguna bagi tempoh yang sama.

"Harga naik, jadi jumlah keseluruhan, jumlah jualan tidak benar-benar naik, ada negatif (pertumbuhan)," katanya.

Perkara yang baik, katanya, adalah pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang berterusan yang mungkin menyaksikan harga barangan turun dalam jangka panjang lapor malaysiakini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Potongan Cukai Pendapatan 48% Dari Gaji, Tapi Kenapa Jerman Lebih 'Islamik' Berbanding Kebanyakan Negara Islam?

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Ceh! Dasar mamak temberang!Kalau macam tu - cuba jawap kenapa Speedmart99 boleh maju..? hampar setiap taman perumahan ada speedmart..kan..?lokasi beb! KR1M - lokasi mengarut! Tak percaya..? survey ler sendiri....

    ReplyDelete
  2. Speedmart bukan hypermarket bang! serupa tapi tak sama, macam pesawat kecil dengan pesawat jumbo 747. Kecil mudah diselenggara berbanding besar yang banyak penyelenggaraanya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon