Wednesday, February 14, 2018

Israel Cipta Sejarah Di Malaysia

Loading...

Untuk kali pertama sekumpulan diplomat Israel tiba secara rasmi di negara ini ketika Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik. Kementerian Luar Israel mengesahkan kunjungan diplomat terbabit baru-baru ini, lapor The Times of Israel.

Israel Cipta Sejarah Di Malaysia

Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara Zionis itu menghadiri satu persidangan berkaitan petempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Katanya delegasi itu diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet (gambar atas) dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB - atau dikenali sebagai UN-Habitat.

Sebelum ini stesen televisyen Israel, Hadashot TV, melaporkan delegasi kerajaan Zionis itu turut disertai bekas menteri, Ofir Pines, serta pegawai-pegawai kanan lain.

Kenyataan Nahshon kemudian mengesahkan laporan awal stesen TV terbabit.

Hadashot TV melaporkan Putrajaya terikat untuk menerima kemasukan warga Israel terbabit kerana untuk membolehkan persidangan itu diadakan, semua delegasi mesti diberikan visa.

"Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, menyertai persidangan berkenaan bersama wakil lain dari Israel, serta bertemu pegawai Malaysia," kata kenyataan Kementerin Luar Israel yang dipetik The Times of Israel.

Semakan pada akaun Twitter Roet menunjukkan dia melalui pengalaman menggembirakan sepanjang tempoh berada di negara ini.
"Pengalaman unik untuk diplomat Israel melawat #Malaysia. Saya menyimpan harapan tinggi untuk kedua-dua negara menjalin hubungan baik pada masa depan," kata salah satu ciapannya.

Roet juga menciap, "(Saya) menemui banyak persamaan antara orang Malaysia dan Israel. Sebuah masyarakat berbilang wajah dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk masa depan lebih baik."
Di sebalik tiada hubungan rasmi antara Putrajaya dan Tel Aviv rakyat negara itu biasanya dibenarkan memasuki Malaysia.

Data rasmi diterbitkan Biro Statistik Pusat pada 2014, lapor The Times of Israel, menunjukkan hubungan dagang kedua-dua negara berkembang walaupun dalam keadaan berhati-hati.

Nilai dagangan antara kedua-dua negara dianggarkan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.9 bilion) setahun.

ADAKAH MALAYSIA MAHU BERBAIK-BAIK DENGAN ISRAEL?

Israel Cipta Sejarah Di Malaysia

Baru saja pada 22 Disember 2017 lalu, Himpunan Solidariti Palestine yang bukan saja untuk menunjukkan sokongan kepada perjuangan umat Islam di negara itu, tetapi juga bagi membantah cadangan Amerika Syarikat mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Meskipun cadangan Amerika Syarikat itu masih tergantung dan belum menjadi kenyataan, tetapi penolakan kita kepada Israel seharusnya berkekalan sampai bila-bila.

Ini kerana, Israel yang memusuhi, menindas dan membunuh umat Islam di Palestin adalah musuh yang nyata bagi kita buat selama-lamanya.

Lebih daripada itu, negara kita juga tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan pergerakan rakyat kedua-dua negara tersekat dengan sendirinya.

Namun, apa yang berlaku kini tentu saja memeranjatkan kita semua.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Immanuel Nahshon mengesahkan kehadiran duta-dutanya ke Malaysia dengan mengatakan para diplomat itu hadir untuk menyertai persidangan berkaitan penempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Para diplomat Israel yang diketuai oleh David Roet, bekas Timbalan Duta Israel ke PBB itu juga dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Malaysia.

Apa sudah jadi dengan perkembangan terbaru ini?

Apakah Malaysia mahu berbaik-baik dan bakal mengiktiraf Israel pada masa depan?

Tidakkah kehadiran diplomat Israel ini telah mengguris hati rakyat Palestine dan memberi erti penentangan kita kepada Israel bagaikan tidak bermakna lagi?

Dalam pada itu, jika kita masih ingat, Malaysia pernah menghalang kemasukan dua ahli sukan Israel ke negara ini untuk menyertai Kejohanan Layar Belia Sedunia dengan tidak mengeluarkan visa kepada mereka.

Adakah ahli sukan lebih berbahaya berbanding diplomat?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

sumber: mk | shahbudin

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon