Tuesday, January 02, 2018

Kajian Buktikan Puasa Melambatkan Penuaan


Seorang penyelidik mendakwa manusia dewasa mengalami penuaan lambat 0.6 peratus jika mereka mengurangkan penerimaan kalori sebanyak 25 peratus dan berpuasa setiap hari. Sejauh manakah kebenarannya?

Kajian Buktikan Puasa Melambatkan Penuaan

Penolong editor jurnal gerontologi dan penolong profesor di Universiti Wisconsin Amerika Syarikat, Dr Rozalyn Anderson menyebut satu penyelidikan yang dijalankan awal tahun 2017 untuk menyokong dakwaannya.

"Pengurangan kalori telah menunjukkan kesan efektif dalam melambatkan penuaan terhadap beberapa spesies dan hasilnya terhadap manusia, memberikan harapan," kata Dr Rozalyn memetik laporan Dailymail.

Penyelidikan yang dirujuk adalah dari Jurnal Gerontologi, Series A: Sains Biologi dan Sains Perubatan yang mengandungi komen beliau.

Jurnal berkenaan adalah edisi istimewa dan difokuskan ke arah pelan pemakanan (diet) yang ketat untuk memahami biologi penuaan.

Kata beliau, saintis menemui kesan pemanjangan usia dalam eksperimen pengurangan kalori yang dijalankan terhadap tikus, 80 tahun lalu.

Kemajuan teknologi pula telah membenarkan saintis untuk mendapatkan hasil dan pengesahan terhadap pelan pemakanan yang dikritik berkenaan.

Antara kritikan terhadap pelan pemakanan pengurangan kalori adalah ianya memberikan kesan sebaliknya, iaitu pengurangan kadar metabolisme.

Selain itu, ia didakwa menyumbang kepada kepenatan, tidak cukup zat malah mengganggu sistem kesuburan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, penyelidikan mendapati pelan pemakanan tersebut mengurangkan risiko penyakit pembunuh seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.

Penyelidikan berkenaan, dinamakan CALERIE menyebut mereka yang mengamalkan pelan makanan kontroversi berkenaan memanjangkan umur mereka sebanyak 0.11 tahun.

Sebaliknya, mereka yang makan secara normal mengalami penuaan sebanyak 0.71 tahun.

Sambil itu, Dr Rozalyn menyentuh aspek puasa yang acap kali dikaitkan dengan mengehadkan jumlah makanan yang dimakan.

"Mengurangkan kalori mungkin melambatkan penuaan kerana badan kita guna tenaga yang diperolehi dari makanan dengan cara berbeza, untuk menjadi lebih tahan lama.

"Dengan melambatkan penuaan (melalui pelan makanan ketat dan puasa), kita boleh sasar keseluruhan spektrum penyakit, dan tidak terlalu fokus pada penyakit tertentu seperti kanser atau penyakit kardiovaskular secara individu," kata Dr Rozalyn.

Menariknya, satu penyelidikan dari universiti sama juga mengatakan monyet makmal hidup 9 tahun lebih lama dari umur normal mereka setelah makanan mereka dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Matlamat Puasa Adalah Takwa Bukan Sekadar Lapar Dan Dahaga

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon