Wednesday, January 10, 2018

Misteri Gerbang Dimensi Di Markawasi


Suatu pagi, Dr. Raul Rios Centeno, seorang doktor perubatan di Lima, Peru, di datangi oleh seorang wanita berusia 30an yang menghidap hemiplegia (lumpuh sebelah badan) tetapi yang peliknya, selepas membuat pelbagai ujian termasuk scan CAT (computerization Axial Tomgraphy), Dr. Raul mendapati tiada saraf di otak wanita itu yang cedera atau mengalami pendarahan seperti yang lazim dialami oleh pesakit hemiplegia.

Misteri Gerbang Dimensi Di Markawasi

Dr. Raul bertanya kepada wanita itu beberapa soalan tentang penyakitnya dan jawapan diterima amat mengejutkan.

Menurut wanita tersebut, ia berlaku ketika mereka berkhemah di Markawasi, sebuah kawasan lapang dan berbukit-bukau yang dipenuhi batu, 56 kilometer dari Peru.

Menurutnya lagi, pada malam kejadian dia dan beberapa orang rakannya telah dikejutkan dengan bunyi alunan muzik.

Setelah di cari, muzik itu datangnya dari sebuah pondok kecil yang diperbuat daripada batu.

Pintunya terbuka dan di dalamnya terdapat beberapa orang lelaki dan wanita sedang rancak menari dengan pakaian lama seperti busana kurun ke 17.

Mereka mendekati pondok itu dan wanita tersebut berdiri betul-betul ditengah pintu pondok, sebahagiannya berada di dalam manakala sebelah lagi di luar.

"Saya ingin melangkah masuk tapi belum sempat berbuat demikian, kawan-kawan menarik saya keluar.

"Kami terus tinggalkan pondok itu," cerita wanita itu.

Malangnya, sebelah bahagian badannya yang telah melepasi pintu pondok itulah yang lumpuh beberapa hari kemudian.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Misteri Gerbang Dimensi Di Markawasi

Markawasi adalah kawasan misteri. Penduduk sekitar mendakwa terdapat gerbang dimensi di sana dan banyak kejadian pelik dilaporkan berlaku di situ.

Jika bernasib baik, kita boleh memasuki gerbang itu dan melihat apa yang berlaku di zaman silam.

Dakwaan ini diakui oleh para pengkaji paranormal yang menurut mereka, memang terdapat satu tenaga misteri di Markawasi.

Bagaimanapun, dimana letaknya gerbang dimensi tersebut dan bila ia akan terbuka dan tertutup, sukar untuk dipastikan.

Kejadian misteri ini telah diceritakan oleh Dr. Raul dalam temubualnya dengan seorang penulis bebas, Scott Moralles.

Satu pertanyaan telah ditimbulkan oleh Scott, "Apakah agaknya yang akan berlaku andainya wanita itu masuk ke dalam pondok tersebut?"

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Pintu Gerbang Ke Neraka

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon