Wednesday, January 03, 2018

Menteri Israel Doa Minta Hujan Selepas Kemarau 4 Tahun, Tasik Galilee Semakin Kering!

Loading...

Ketika Laut Galilee di sempadan Jordan-Israel semakin susut lebih empat tahun lalu dan merupakan paras paling rendah dalam tempoh 100 tahun, negara haram Zionis kini berdepan ancaman kemarau terburuk dalam sejarah modennya.

Menteri Israel Doa Minta Hujan Selepas Kemarau 4 Tahun, Tasik Galilee Semakin Kering!

Ini memaksa Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel memimpin sembahyang khas sambil berdoa memohon hujan turun, bersama-sama dengan sejumlah pemimpin Yahudi di Tembok Ratapan Baitulmaqdis bersebelahan Masjid Al-Aqsa.

Menurut laporan media antarabangsa, langkah tradisional berkenaan terpaksa dilakukan demi meminta bantuan tuhan menurunkan air hujan dari langit dan mengakhiri masalah kekeringan paling kritikal melanda negara itu.

Bencana kemarau sebenarnya sudah melanda Israel sejak tahun 2013 dan menyebabkan negara itu kekurangan bekalan air mentah terutama dari Laut Galilee seluas 167 kilometer persegi yang menjadi sumber utama air tawar.

Turut digelar Kinnereth dalam bahasa Hebrew atau Tiberia dalam bahasa Arab, tasik itu amat dipercayai umat Islam sebagai antara tanda kiamat jika paras turun sehingga kering menyaksikan kedatangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj.

Justeru pelbagai cara terpaksa dilakukan Israel demi memastikan tidak berlaku kerana ia bakal disusuli penurunan Nabi Isa AS dari langit dan kemunculan Imam Mahdi sebelum beberapa tanda akhir menjelang bumi dihancurkan.

Ini termasuk memajukan loji penyahmasinan air dari Laut Mediterranean, penanaman pokok makanan di ladang pertanian yang tidak memerlukan banyak air dan kitar semula kumbahan jutaan penduduk negara Zionis tersebut.

Dalam pada itu, Ariel turut melaksanakan dasar pengagihan ke beberapa daerah yang paling parah kekurangan air, tetapi malangnya segala langkah tersebut masih lagi tidak banyak mengubah keadaan bahkan menjadi lebih parah.

Menteri Israel Doa Minta Hujan Selepas Kemarau 4 Tahun, Tasik Galilee Semakin Kering!
Pulau terhasil akibat laut semakin susut di Tasik Galilee.

Justeru Ariel, secara kebetulan merupakan penganut ajaran Yahudi Ortodoks, memilih jalan berdoa kepada tuhan sebagai ikhtiar penyelesaian, sekali gus menggemparkan rakyat Israel sendiri khasnya yang berfikiran agak liberal.

“Kami secara signifikan menjimatkan air dan melakukan banyak penyelidikan mengenai cara pembekalan berhemah pada tanaman yang berbeza. Namun, doa turut memberi pengaruh tersendiri,” ulas Ariel dipetik Times of Israel.

Langkah unik Ariel itu bagaimanapun mencetuskan kritikan apabila pelbagai pihak menyatakan seorang menteri Kabinet seharusnya menangani krisis kemarau dengan lebih banyak bertindak proaktif dan bukan sekadar berdoa.

Akhbar terbesar Israel, Yedioth Ahronoth dalam rencana pengarang berkata, “Doa bukan sesuatu yang buruk, tetapi menteri juga harus memiliki kemampuan perancangan untuk mempengaruhi masalah lebih teruk ketika ini.”

Justeru tabloid berbahasa Hebrew diterbitkan sejak 1939 itu menyarankan Israel bersama komuniti global terlibat aktif dalam isu perubahan iklim sejagat berbanding ribuan berdoa di tembok suci.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Dajjal Menanti Tasik Galilee Surut Airnya

sumber: mynewshub

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

kalau begitu air yang mengurung dajjal sebentar lagi akan surut dan dajjal akan lepas

Hanya menanti masa menanti ujian terhadap fitnah terbesar manusia.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon