Sunday, January 21, 2018

Khasiat Dan Manfaat Batang Pisang Untuk Kesihatan

Biasanya, batang pisang jarang sekali dimanfaatkan setelah diambil buahnya, walaupun ada juga yang menggunakan batang pisang sebagai bahan pembuatan tanah kompos, namun kebanyakan orang tidak mengetahui manfaat yang terkandung pada batang pohon pisang.

Khasiat Dan Manfaat Batang Pisang Untuk Kesihatan Yang Anda Tidak Tahu

Di India, ada minuman jus yang di buat dari bahan pelepah pisang yang dianggap bermanfaat untuk kesihatan. Bahkan, batang pohon pisang juga digunakan sebagai bahan masakan untuk bermacam jenis resepi kuliner yang lazat.

Banana Stem Jus atau juice dari batang pohon pisang dalam catatan rawatan India kuno atau Ayurveda diakui memiliki kandungan diuretik yang mampu menghancurkan batu karang ginjal, menurunkan berat badan dan penyakit batu hempedu.

Batang pokok pisang yang kaya serat, kalium serta vitamin B6 berguna untuk detoks racun dalam badan.

Langkah membuat jus minuman sihat dari batang pokok pisang tidaklah sukar, batang pokok pisang yang telah dipotong-potong dicampurkan dengan air pada mesin jus.

Kemudian, untuk menambah perisa tambahkan buttermilk, madu serta garam.

Jus batang pokok pisang juga bermanfaat untuk menghindarkan tekanan darah tinggi, masalah jantung, mengurangkan sembelit dan menyeimbangkan cairan dalam badan.

Jus batang pohon pisang yang diminum dalam keadaan perut kosong juga akan membantu program diet anda untuk mengurangkan berat badan.

Vazahaithandu porial juga adalah salah satu resepi masakan di India yang menggunakan bahan pelepah pisang dengan hiasan kelapa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

sumber: enterklos

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Saya jarang makan buah-buahan.. mungkin suda tiba masanya untuk saya bermula makan pisang :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon