Monday, January 01, 2018

Bagaimana Akhirnya Kebijaksanaan Archimedes Meragut Nyawanya Sendiri


Sekitar dua ribu tahun lalu, seorang lelaki bernama Archimedes merupakan seorang pemikir, cendekiawan, ahli matematik dan astronomi, selain sanggup menghabiskan masanya untuk menyelesaikan satu masalah Raja Hieron II, pemerintah Kota Syracuse, Itali.

Bagaimana Akhirnya Kebijaksanaan Archimedes Meragut Nyawanya Sendiri

Puncanya, Raja Hieron II telah menempah mahkota baru tetapi dia berasa sangsi kemungkinan tukang emas mencampurkan perak dan emas.

Disebabkan itu, Archimedes yang terkenal dengan kebijaksanaannya telah diperintahkan oleh raja untuk menyiasat perkara itu tanpa merosakkan mahkota tersebut.

Puas Archimedes memikirkan masalah itu kerana dia tahu, perak kurang tumpat berbanding emas.

"Apa yang perlu aku lakukan untuk menimbang mahkota dan menimbang emas tulen yang sama untuk melihat sama ada beratnya sama?" rungut Archimedes.

WWaktu itu, dia tidak terfikir cara lain. Yang ada dalam kepalanya hanyalah dengan meleburkan semula mahkota tersebut dan mengukur jumlah cecair lebur itu.

"Tapi, ini akan merosakkan mahkota," rungutnya lagi yang semakin buntu.

Jika mahkota itu rosak, dia pasti akan dihukum oleh raja. Archimedes semakin pening. Makan, minum dan tidurnya tidak terurus kerana sentiasa berfikir mencari jalan penyelesaian.

Kemudian, pada suatu hari, untuk menenangkan hati yang sedang runsing, Archimedes berkunjung ke tempat mandi awam.

Apabila dia memasuki tab mandi yang penuh, Archimedes mendapati air melimpah keluar.

Bagi orang lain, ini adalah sesuatu yang biasa berlaku tapi tidak bagi Archimedes kerana apa yang berlaku merupakan satu penyelesaian kepada masalah yang merungsingkannya selama ini.

Archimedes sedar jumlah air yang melimpah keluar dari tab mandi tersebut sama dengan isi padu badannya semasa dia memasuki tab mandi itu.

Kerana terlalu teruja, Archimedes melompat keluar dari tab mandi dan terus berlari pulang ke rumah sehingga terlupa memakai pakaian sambil menjerit, "Eureka" yang bermaksud "saya sudah menjumpainya'.

Sebaik sampai ke rumah, Archimedes terus memasukkan mahkota raja ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air.

Jumlah air yang terkeluar akan disukat yang bermakna jumlah air yang keluar itu sama dengan isi padu mahkota itu sendiri.

Selepas itu, Archimedes mengukur jumlah yang sama dalam emas tulen, kemudian memeriksa berat emas itu dengan berat mahkota itu dan ternyata keputusannya, berat mahkota itu lebih ringan.

"Raja Heron memang telah ditipu!" jerit Archimedes selepas melihat keputusannya.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada raja dan atas khidmatnya itu, Archimedes diberikan ganjaran, manakala tukang emas dihukum.

Bagaimana pula kehidupan Archimedes selepas itu?

Archimedes mati dalam keadaan yang sama seperti hidupnya yang asyik berfikir untuk menyelesaikan masalah tanpa menghiraukan orang atau apa yang terjadi disekelilingnya.

Ketika Kota Syracuse ditawan oleh tentera Rom, seorang askar telah dihantar untuk menangkap Archimedes.

Semasa ditemui, Archimedes sedang duduk diatas lantai sedang menyelesaikan masalah matematik.

Apabila Archimedes diminta untuk menyerah diri, beliau enggan. Dia menjawab tiada masa kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

Askar yang marah dengan jawapan itu lalu menikam Archimedes dan beliau mati disitu juga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon