Wednesday, January 03, 2018

Keajaiban Penciptaan Kelip-kelip


Rasanya semua kita pernah melihat Kunang-kunang kan? Ada juga yang memanggilnya Kelip-kelip. Kalau di Jawa, Indonesia, mereka memanggilnya Api-api.

Keajaiban Penciptaan Kelip-kelip

Dianggarkan terdapat 50 spesis Kelip-kelip dikawasan tropika dan apa yang paling menarik mengenai serangga ini adalah cahaya yang dikeluarkannya.

Kalau kita terjumpa dengan Kelip-kelip disiang hari, tiada yang menarik pada bentuknya yang bujur, bersaiz kecil, badannya berwarna hitam kelabu dengan bahagian tepinya berwarna merah atau kuning.

Kulit pada toraksnya lembut, tidak sekeras seperti kumbang biasa.

Spesis betinanya tidak bersayap dan lebih berbentuk seperti ulat dan saiznya empat kali lebih panjang daripada jantan.

Kunang-kunang hidup sebagai karnivor dengan memakan cacing kecil, siput dan larva serangga lain.

Bagaimana Kelip-kelip mengeluarkan cahaya?

Kelip-kelip mempunyai tiga bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen serta tiga pasang kaki yang bersendi.

Kunang-kunang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip dibahagian sisi abdomen dan toraksnya melalui proses biokimia (biokuminesens) yang bermaksud, proses yang boleh menghasilkan cahaya tanpa haba.

Ada bahagian pada abdomennya boleh mengeluarkan sejenis enzim yang dinamakan lusiferas (luciferase) yang merupakan enzim ajaib kerana boleh mengeluarkan enzim dingin iaitu 'api' yang tiada haba!

Keajaiban Penciptaan Kelip-kelip

Sebagai perbandingan, jika sebatang lilin yang dinyalakan mengeluarkan cahaya yang sama cerah dengan Kunang-kunang tapi habanya 80,000 kali lebih banyak sebaliknya, cahaya Kelip-kelip adalah dingin.

Proses menghasilkan cahaya ini berlaku daripada proses oksidasi bahan lusiferin yang terkandung di dalam organ dalam abdomen Kelip-kelip.

Kunang-kunang akan memancarkan cahaya ini dengan membawa udara kepada organ tadi lalu terhasillah cahaya berkelip-kelip yang kita lihat.
Kelip-kelip ku sangkakan api,
Sinar matahari membawa cahaya,
Kau hilang ghaib sangka ku kau benci,
Kiranya sengaja nak menduga.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Penciptaan Kucing Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon