Monday, December 04, 2017

Pencuri Ferrari Mengemis Untuk Isi Minyak


Ferrari 458 Spider berharga $300,000 (RM1.23 juta) yang dicuri dari sebuah pusat servis di Costa Mesa, California, ditemui polis selepas pencuri terbabit ‘mengemis’ meminta wang daripada orang ramai untuk mengisi minyak kereta berkenaan.

 Pencuri Ferrari Mengemis Untuk Isi Minyak

Israel Perez Rangel, 38, ditahan di Santa Ana selepas dia memandu kereta mewah itu ke sebuah stesen minyak dan meminta wang daripada orang ramai untuk membeli minyak, Khamis lalu (30/11/2017).

Menurut Fox News, polis yang dihubungi datang ke stesen minyak terbabit kerana berasa pelik seseorang memandu kereta mewah, mengemis untuk membeli minyak.

Jurucakap Jabatan Polis Santa Ana, Anthony Bertagna, berkata apabila ternampak polis, lelaki itu melarikan diri namun dia berjaya ditahan dalam semak berdekatan sebuah hotel.

“Walaupun sudah membeli minyak, namun dia tidak tahu bagaimana untuk membuka penutup tangki bagi mengisi minyak,” katanya.

Ketika ditemui, kereta berkenaan rosak teruk dengan bampar retak, sistem gear rosak dan kesan muntah pada badan kereta.

Kereta itu dilapor dicuri selepas pemiliknya, Susan Friedman, mendapati ia tiada di pusat servis Ferrari & Maserati di Newport Beach, Costa Mesa.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berjaket Ferrari memandu keluar kereta itu selepas menemui kunci ditinggalkan di atas kerusi. Pekerja pusat servis itu tidak menyedari kereta berkenaan hilang selama 24 jam.

Rangel mempunyai rekod jenayah, termasuk mencuri kenderaan, memilik dadah, melawan ketika ditahan, mencuri di kedai, memiliki senjata bahaya, menyerang dan memandu dengan cara bahaya.

Susan Friedman yang mendapat bayaran kerosakan kereta itu daripada syarikat insuran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kereta Ferrari GTO Terjual RM125.2 Juta!

sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon