Saturday, December 02, 2017

Misteri Dua Kali Di Buru Maut!


Pada 4 Mac 1966, pesawat DC8 milik Canadian Pacific Airline mengalami kecelakaan ketika mendarat dalam keadaan cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo.

Misteri Dua Kali Di Buru Maut!
Gambar hiasan.

Daripada 72 orang penumpang dan anak kapal, hanya lapan orang yang selamat termasuk sepasang suami isteri yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Hong Kong.

Penumpang yang terselamat segera diberikan rawatan kecemasan.

Mereka yang ingin meneruskan perjalanan dibenarkan melakukannya dengan menaiki pesawat lain. Begitu juga dengan pasangan pengantin baru itu.

Mereka meneruskan perjalanan ke Hong Kong dengan menaiki pesawat British Overseas Airways Corporation (BOAC) Flight 911, menggunakan pesawat Boeing 707.

Bagaimanapun, selepas 18 jam terselamat dalam kecelakaan pertama di Tokyo dan hanya selepas beberapa minit berlepas, pesawat BOAC Flight 911 pula mengalami kemalangan.

Misteri Dua Kali Di Buru Maut!
British Airways Flight 911.

Ia berlaku ketika pesawat berkenaan berada disekitar Gunung Fiji yang laluannya dipilih bagi memberikan pemandangan indah kepada para penumpang pada 5 Mac 1966.

Ketika berada di udara pergunungan itu, ribut tiba-tiba melanda menyebabkan pesawat berkenaan gagal dikawal, lalu terhempas.

Kali ini, pasangan pengantin baru itu tidak bernasib baik.

Mereka terkorban bersama 122 penumpang dan anak kapal yang lain.

Malang kan..

BACA INI JUGA: 5 Kisah Kematian Paling Pelik Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon