Wednesday, December 13, 2017

Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu


Apa itu kelulut? Kelulut merupakan keluarga lebah namun lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks dan biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Khasiat Madu Kelulut

Kelulut menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidan. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.

Propolis

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Serdang.

Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan serta bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Sebuah hospital tempatan iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali dengan nama HUSM telah membuat kajian tentang khasiat madu kelulut dari segi perubatan.

Satu ujian makmal telah dilakukan ke atas tikus. Tikus kajian telah disuntik dengan diabetes.

Keputusan kajian ini menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan kadar glukosa. Ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal selain dapat mengurangkan stress aksidatif.

Kajian menapous pula dilakukan pada tikus yang telah di buang ovari.

Hasil kajian menunjukkan madu kelulut mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina disamping meningkatkan ketebalan trabekular tulang.

Ini bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Berpuasa secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan pergerakan fizikal yang banyak namun tidak mustahil seseorang mampu tampil cergas dan bertenaga melalui amalan pemakanan yang betul ketika bersahur.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma selain mendapatkan bekalan air yang cukup.

Selain itu pengambilan madu kelulut juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa.

Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut.

Iaitu dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik.

Ianya sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Antara kebaikan madu kelulut ialah berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya.

Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser.

Secara ringkasnya 20 kebaikan madu kelulut asli adalah:
  1. Mencegah serangan strok.
  2. Meningkatkan daya tahan tubuh.
  3. Melancarkan peredaran darah.
  4. Memperkuat fungsi otak dan jantung.
  5. Meningkatkan pengeluaran hormon.
  6. Mengendurkan urat-urat yang tegang.
  7. Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
  8. Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
  9. Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
  10. Meningkatkan kecerdasan anak.
  11. Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
  12. Mencegah kanser.
  13. Membantu penyembuhan luka diabetes.
  14. Mengurangkan resdung.
  15. Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
  16. Mengurangkan lelah/asma.
  17. Melancarkan pernafasan.
  18. Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
  19. Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
  20. Mencegah pembentukan batu karang.

Bersama ini disenaraikan beberapa kegunaan madu yang amat menakjubkan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kesihatan
  1. Menyegarkan badan pada waktu pagi. Ambil beberapa sudu madu (yang kaya dengan fruktos) diwaktu pagi.
  2. Menyembuh luka-luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas). Sapukan madu ditempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.
  3. Masalah sakit tengkak dan batuk. Ambil campuran air limau nipis, lemon dan madu adalah amat berkesan untuk rawatan sakit tengkak dan batuk.
  4. Membasmi parasit. Ambil campuran madu, cuka dan air pada kadar yang sama. Campuran ini amat sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kecantikan
  1. Melembutkan kulit. Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan. Sapu di bahagian yang kering seperti siku, tangan dan biarkan selama 30 sebelum dibersihkan.
  2. Pelembut rambut. Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1 sudu teh kedalam shamppo yang biasa digunakan untuk merawat ramput yang khusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh dicampur dengan minyak zaiton.
  3. Bahan untuk mandi bunga. Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya, tuangkan ke dalam air tangkugan mandi bersama dengan beberapa titik minyak pati levender.
  4. Menghilangkan jerawat. Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan dengan “band aid”. Tanggalkan band aid tadi selepas 30 minit.
  5. Sebagai pembersih muka (facial). Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu kemuka. Bersihkan selepas 10 minit.

Madu Kelulut Sebagai Sumber Makanan Tambahan Utama
  1. Tambahan Tenaga. Berhenti minum kopi. Sebaliknya minum teh yang dicampur dengan 2 sudu madu.
  2. Sebagai gantian kepada gula didalam makanan. Dalam semua resepi masakan bakeri, ganti 1 cawan madu dengan 3/4 cawan madu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

sumber: kelulutborneo

3 comments

  1. madu bagus untuk dimakan selalu. Ia boleh keringkan hidung yang berair sbb mkn seafood banyak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Terima kasih info yang baik mengenai madu kelulut ini, jemput baca artikel saya mengenai khasiat madu kelulut untuk lelaki di blog saya. Klik link..

    http://lottepi.com/khasiat-madu-kelulut-untuk-lelaki/

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Tq sangat membatu pemahaman saya tentang madu kelulut ❤️

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon