Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Azizan Manap, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban.
Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang dikenali sebagai ‘Cikgu Azizan’ itu sepatutnya memulakan perbicaraan sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman mengumumkan keputusan tersebut.
Menurut laporan BH Online, Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes tersebut ditarik balik.
Di samping itu, duit jaminan sebanyak RM500 turut dikembalikan kepada Azizan.
Pada 31 Oktober 2017 lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja.
Menurut dakwaan, Azizan telah menampar seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
Jika sabit kesalahan, Azizan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Kes tersebut mendapat perhatian meluas masyarakat di negara ini termasuklah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang turut menghantar wakilya untuk hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: KBAT: Kementerian Pendidikan 'Kambing Hitamkan' Guru Dan Pelajar
sumber: mynewshub

Kalau mahkamah teruskan, umpama menggalakkan kebatilan atas nama perundangan.. kalau dah hidu gam bagai, siapa tak marah.. tak taulah mak bapak budak ni mcm mana fikirannya...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tak mau komen lebih-lebih. Apapun bersyukur sangat semuanya dipermudahkan dan dapat diselesai dengan baik. Ini yang seeloknya
ReplyDeletebudak tuh suruh belajar kat rumah di sendiri je jangan ada sekolah yang terima dia biar orang tuanya yng ajar dia sampai tua
ReplyDeleteAlhamdulillah, kebenaran memihak kepada cikgu Azizan
ReplyDeleteKesian guru-guru terpaksa mendidik buluh yang dah keras.
Delete