Monday, December 11, 2017

'Hodoh Sangatkah Saya Ibu?'

Loading...

Walaupun tidak mempunyai wajah yang normal, seorang budak lelaki dari Knoxville, Tennessee, mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya?

'Hodoh Sangatkah Saya Ibu?'

Satu rakaman video menyayat hati seorang budak lelaki itu meminta untuk tidak lagi dibuli telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial Facebook dan Twitter.

Video tersebut menunjukkan, Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones, mengapa dia sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli, hodoh sangatkah hidung dan buruk sangatkah wajah saya? tanyanya.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, “mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus,” katanya.

Rakaman video yang telah dikongsi oleh ibunya, Kimberly Jones di laman media sosial Facebook telah ditonton lebih 16 juta kali.



“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah.

“Manusia yang berbeza daripada normal seperti saya tidak sepatutnya dibuli, bukan salah kami dijadikan sebegini rupa. Kami sepatutnya tidak dikritik.

“Walaupun dilakukan sedemikian, saya berharap rakan-rakan lain yang dibuli seperti ini untuk terus bertahan.

"Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut.

Rakaman video tersebut turut menarik perhatian ramai bintang terkemuka antarabangsa seperti bintang hip hop Snoop Dogg, Chris Brown, Patrick J Adams dan Miley Bobby Brown.

Kesian.

BACA INI JUGA: Kisah Pemuda Yang Masuk Syurga Kerana Tidak Menyakiti Perasaan Orang Lain

sumber: astroawani

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Kesian tengok video mereka yang kena buli. Ini mereka yang berjaya menyuarakan pengalaman mereka..

bagaimana pula dengan mereka yang memendam rasa sehingga kerana tiada yang peduli..

Namun, video ini viral dan ada mengatakan bahawa ibu kepada budak ini meraih simpati untuk mendapatkan wang..

tak tau la..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon