Thursday, December 21, 2017

5 Tips Selamat Untuk Elak Ditipu Ketika Trip Borong Di China


Apabila semakin ramai usahawan yang tumbuh bak cendawan di luar sana, jadi semakin ramailah juga yang akan ke China untuk mencari produk yang berkualiti pada harga murah, sebab kebanyakan produk di Malaysia pun, datangnya daripada negara China, jadi lambat-laun anda sebagai usahawan juga akan ke sana.

5 Tips Selamat Untuk Elak Ditipu Ketika Trip Borong Di China

Dengan banyak seminar daripada sifu-sifu mengajar mengenai berniaga secara online, semakin ramai usahawan yang akan cuba mencari produk pada harga yang murah dan hendak mengikuti trip borong ke china.

Di bawah merupakan 5 Tips supaya anda lebih berwaspada. Nombor 5 paling kena perhati betul-betul. Ramai tertipu!

1. Kenal Pemborong

Berjumpa sendiri dengan pemborong, kenal secara personal, dapatkan bisnes kad dan kontek nombor.

2. Simpan Resit

Resit adalah satu-satunya bukti bertulis anda yang menunjukkan anda membeli di kedai tersebut. Anda boleh gunakan untuk report polis sekiranya berlaku kes penipuan.

3. Bayar 30% Deposit

Bayar sedikit supaya pemborong membuat kerja dengan pantas dan elak supaya anda ditipu. Terdapat kes pembeli bayar penuh dan kehilangan resit. Tempahannya tidak dilayan.

4. Wang Palsu

Perhatikan semasa proses pertukaran wang. Sentiasa perhati kelakuan pemborong semasa wang ditukar. Kira dan rasa sendiri wang tersebut untuk elak ditipu.

5. Pastikan pemborong merupakan pemborong kedai tersebut

Terdapat kes, individu licik yang menyamar menjadi pemborong kedai kerana kemahirannya bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka mengeluarkan resit palsu dan menerima bayaran daripada anda.

Moga tips tersebut menjadi panduan untuk anda yang berniat suatu hari nanti untuk memborong di sana. Selamat mencuba.

Ramdan Johari
Dazra.my (Trip borong china)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah 'Made In China', Bermula Dengan Perang Dingin Kepada Persaingan Produk

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon