Tuesday, December 19, 2017

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia


Jika di Malaysia, adat merisik, bersanding dan berinai atau adat di mana pengantin lelaki perlu memberi ‘duit tol’ sebelum bertemu pengantin perempuan semasa perkahwinan adalah suatu yang biasa diamalkan.

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

Mungkin ramai yang menganggap adat seperti itu sesuatu yang pelik, namun sebenarnya terdapat adat pelik perkahwinan yang diamalkan di seluruh pelosok dunia.

Antara adat pelik perkahwinan di dunia yang disenaraikan laman web Lifebuzz adalah;

1. Tradisi memberi gigi ikan paus

Di Fiji, seorang lelaki perlu memberi hadiah luar biasa kepada keluarga bakal isterinya sebelum ibu bapa wanita membenarkan anak mereka berkahwin, antaranya seperti memberi gigi ikan paus kepada bapa pengantin perempuan.

2. Bakal pengantin dibaling sisa makanan

Di Scotland, terdapat tradisi sebelum perkahwinan iaitu bakal pengantin lelaki dan perempuan dibaling sampah termasuk sisa makanan, ikan ataupun telur busuk.

Adalah dipercayai, jika pasangan itu dapat bertahan, perkahwinan itu akan berkekalan dan mampu menghadapi segala cabaran.

3. Cinta dan Hati ayam

Di China pula, tradisi pelik yang diamalkan sebelum berkahwin adalah, setiap pasangan perlu mengambil ayam dan kemudian memeriksa sama ada hati ayam tersebut sihat atau tidak.

Jika hati ayam tersebut sihat, barulah pasangan itu boleh menetapkan tarikh perkahwinan namun jika sebaliknya, pasangan itu perlu mencari ayam yang mempunyai hati sihat sehingga ditemui.

4. Lagi gemuk lagi cantik

Di Mauritania, pengantin perempuan yang mempunyai badan besar digambarkan sebagai bernasib baik dan melambangkan kemewahan dalam perkahwinan.

Wanita dipaksa makan untuk menjadi gemuk menjelang perkahwinan, namun budaya ini dilihat memberi masalah kesihatan yang tidak berkesudahan kepada wanita itu.

5. Culik pengantin

Sementara itu, di Krygyzstan, pengantin lelaki akan menculik wanita yang ingin dikahwininya.

Pepatah lama mendakwa bahawa air mata pada hari perkahwinan akan membuat perkahwinan itu bahagia.

Sehingga tahun 1991 (apabila ia akhirnya diharamkan) ramai ibu bapa akan bersetuju dengan perkahwinan seorang gadis muda yang diculik, terutamanya jika dia menangis.

6. Berkahwin dengan pokok

Di beberapa kawasan di India, masyarakat percaya kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam tempoh astrologi yang tertentu akan dicemuh dan jika dia berkahwin akan menyebabkan kematian suaminya lebih awal.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghilangkan sumpahan itu adalah wanita tersebut perlu dikahwinkan dengan pokok terlebih dahulu kemudian menebang pokok berkenaan.

7. Hadiah sudu

Di Wales, ia adalah perkara biasa untuk seorang lelaki menghadiahkan kekasih baharunya dengan sudu yang diukir kerana ia melambangkan lelaki itu tidak akan membenarkan pasangannya lapar.

8. Dilarang keluar

Satu suku kaum di Borneo tidak membenarkan pasangan pengantin untuk meninggalkan rumah mereka selama beberapa hari semasa majlis perkahwinan walaupun untuk ke tandas. Ia dipercayai membawa tuah kepada pasangan itu.

9. Dipaksa menangis

Bagi masyarakat Tujian di China pula, bakal pengantin dikehendaki menangis selama satu jam setiap hari selama sebulan sebelum majlis perkahwinan, malah keluarga wanita itu turut digalakkan untuk menangis.

10. Minum dalam replika mangkuk tandas

Di Perancis, tradisi lama yang meminta pasangan pengantin minum minuman lebihan daripada majlis perkahwinan mereka dalam replika mangkuk tandas.

Namun tradisi itu kini tidak lagi diamalkan pasangan di Perancis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

sumber: tv14

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon