Monday, November 06, 2017

Serabut Anak Banyak Tanya, Ini Yang Anda Boleh Lakukan

Loading...

Anak-anak suka tanya soalan ‘kenapa’ kerana dijentik dengan rasa inkuiri yang tinggi. Kadang-kala soalan yang sama ditanya berulang kali oleh anak-anak. Ada juga anak-anak mengajukan soalan yang mencabar minda ibu bapa atau penjaga.

Serabut Anak Banyak Tanya, Ini Yang Anda Boleh Lakukan

“Kenapa burung terbang, umi?” “Kenapa kita kena pakai kasut?” “Kenapa saya tak boleh naik tangga ni?”

Kalau soalan yang ibu bapa mampu jawab, OK sahaja tapi bagaimana kalau ditanya dengan soalan yang di luar pengetahuan atau tidak dijangka.

Sebenarnya anda bertuah mempunyai anak kecil yang banyak bertanya. Ini menunjukkan anak anda cerdik, ada perasaan ingin tahunya tinggi dan mindanya ligat berfikir.

Anda sebagai ibu bapa atau penjaga tak selamanya boleh jawab ‘tak tahu’ atau ‘entah’ kan? Lama-lama anak pun jemu nak tanya atau dah tak nak bersembang dengan anda. Jadi elak memperlekeh atau mempermainkan soalan-soalan anak sebaliknya cuba layan dan jawab dengan bijak dan berhemah.

Bagi elak rasa serabut, anda boleh cari dan cuba cara bijak untuk menjawab. Antaranya seperti cara di bawah ini. Mana tahu berkesan pada anak anda yang banyak tanya itu.

Soalan dijawab dengan soalan kembali.

Apabila anak tanya kenapa, kita cuba tanya dia balik; “You tell me why” atau “What do you think?”. Bina soalan yang boleh beri peluang kepada anak untuk menghuraikan jawapan.

Contoh:

Anak: “Kenapa pintu (pagar keselamatan di kaki tangga) ini kena tutup, mama?”
Anda: “Abang rasa, kalau kita tak tutup, apa yang akan jadi?”

Anak mesti akan cuba fikir. Perhati reaksi dia, kalau dia macam blur atau tak pasti nak jawab, anda bagilah panduan sikit seperti ini:

“Kalau pintu ini tak tutup, nanti adik panjat naik tangga, macam mana?”

Kita mahu dia jawab, “nanti adik jatuh” tapi mungkin juga dia tak tahu jawab atau beri jawapan lain.

Itu pun tak apa, sekurang-kurangnya tak adalah asal dia tanya, kita jawab acuh tak acuh dek kita dah tak kuasa nak menjawab. Anak boleh rasa keikhlasan kita menjawab soalan-soalannya.

Anda boleh bimbing anak kepada jawapan pada soalan-soalan yang ditanya. Selain berlaku perbualan dan interaksi, dapat juga galakkan anak berfikir. Anda juga selamat daripada ditanya soalan yang sama 8000 kali!

Anak-anak yang sedang membesar, belajar untuk berkomunikasi akan banyak bertanya. Banyak perkara yang menarik untuk diteroka dan perasaan ingin tahu mereka amat tinggi pada peringkat ini. Jadi ibu bapa patut bangga!

Bagi soalan yang anda langsung tak tahu, mungkin boleh cuba jawab setakat yang mampu, yang dalam pengetahuan masing-masing atau boleh terangkan padanya yang kita akan jawab selepas baca buku dan sebagainya.

Anak sebetulnya inginkan perhatian. Ibu bapa yang prihatin akan cuba layan dan raikan setiap soalan anak dengan ikhlas.

Agaknya anak pun jemu dengan anda yang sering kata ‘tak boleh, jangan’, jadi perasaannya untuk bertanya kenapa lebih meluap.

Jika anda rasa tak senang dengan anak yang asyik bertanya kenapa ini, sebelum menjawab, tarik nafas dalam-dalam dahulu dan senyum.

Anak takkan selamanya bertanya pelbagai soalan dan ‘kenapa’. Kita hargai usahanya dalam mengembangkan kosa kata, tambah pengetahuan dan kemahiran serta galakkan dia berfikir.

Semua ini akan berlalu apabila anak dah semakin besar. Nanti ibu bapa pula yang rindu nak menjawab!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton?

sumber: thevocket

1 comments so far

betul, apabila anak dah semakin membesar, x perlu tunggu dah bekerja, baru sekolah rendah pun, dah x semesra time dia org kecik2 dulu, kalau dulu suka bertanya .. sekarang dah suka menyapa pakcik google je... sebab tu ibu bapa kena bermaklumat agar anak2 x mencari pakcik google dan tersalah menerima maklumat tanpa tapisan...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon