Tuesday, October 10, 2017

Gambar Polis Peronda 'Bermesra' Dengan Pelacur Pula Tersebar


Belum reda isu seorang pegawai dan enam anggota polis Johor yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar, kini timbul pula satu lagi isu baharu membabitkan pasukan penguat kuasa itu.

Pelacur

Kali ini, seorang anggota polis dari unit ronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur dalam kejadian yang turut berlaku di Segamat.

Gambar kedua-dua mereka menjadi tular di laman sosial Facebook dengan kelihatan anggota polis tersebut memegang tangan gadis terbabit yang berada di dalam kereta rondanya.

Gadis itu pula dilihat berpakaian seksi dengan hanya memakai seluar jean pendek dan singlet hitam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang dihubungi berkata pihaknya maklum akan kejadian tersebut dan anggota itu telah dikeluarkan daripada tugas ronda serta-merta sementara menunggu siasatan dilakukan.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon