Saturday, October 28, 2017

Fenomena Penumpang Ghaib Paranormal Barat


Fenomena penumpang ghaib (phantom hitchhiker) merupakan satu kajian popular dalam bidang paranormal Barat. Fenomena penumpang ghaib banyak dilaporkan kerana kejadian sebegini berlaku di seluruh dunia.

Phantom-hitchhiker

Dalam kajian fenomena ini mendapati, sebahagian besar kes penampakan jelmaan berlaku kerana halusinasi.

Sebahagian lagi kerana pengambilan dadah dan alkohol, kabus akibat hujan atau dari punca air berdekatan serta projeksi minda.

Projeksi minda bermaksud imaginasi kita tanpa disedari telah mencipta objek yang dibayangkan kewujudannya.

Imaginasi ini lahir akibat rasa takut atau teringat kisah-kisah menakutkan yang pernah kita dengar dan lihat atau tonton.

Akhirnya, kita melihat apa yang kita bayangkan.

Kejadian-kejadian ini kemudiannya disebarkan dari mulut ke mulut dan akhirnya bertukar menjadi cerita dongeng popular (urban legends).

Bagaimanapun, apabila diselidiki ternyata cerita itu tidak benar dan penuh tokok tambah.

Jadi, kenapa kita perlu takut kepada hantu? Ia bukannya syaitan, tetapi tenaga emosi, halusinasi dan projeksi minda semata-mata.

Namun, kajian ini hanyalah salah satu daripada sekian banyak teori tentang kepalsuan hantu.

Para pengkaji paranormal turut mendapati, air, perabot, kipas dan dinding juga boleh menjelmakan hantu!

Walau bagaimanapun, banyak persoalan lain yang tidak dapat dijelaskan oleh pengkaji misalnya, objek-objek seperti daun dan wang yang ditinggalkan oleh 'hantu' yang menumpangi sesebuah kenderaan.

Namun, para pengkaji terus berusaha untuk mencari jawapan saintifik bagi menangkis kewujudan hantu.

Kajian-kajian Barat juga mendapati, semakin tinggi tahap IQ dan tahap kebijaksanaan seseorang, semakin tipis kemungkinan dia akan melihat hantu.

Dalam erti kata lain, orang yang sering melihat hantu adalah orang kurang pandai atau..

Sekadar perkongsian ilmu. Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon