Saturday, October 07, 2017

10 Punca Gastrik Yang Anda Perlu Tahu


Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut.

Punca Gastrik

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut.

10 punca penyakit gastrik anda patut tahu untuk mengelakkannya sebelum terjadi.

1. Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal

Apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastrik.

Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut.

Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

2. Tekanan, Stres

Apabila stres berlaku, asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

3. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang.

4. Disebabkan oleh sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii.

5. Merokok.

6. Makanan pedas.

Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk mencernakannya di dalam perut.

Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma.

7. Makanan masam

Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.

8. Makanan berminyak, berlemak (kecuali minyak zaitun).

Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.

9. Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan.

10. Penyakit autoimun

Sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya

sumber: klik4sihat

1 comment

  1. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon