Monday, September 11, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 September)


Tanggal 11 September merupakan hari ke 254 (hari ke 255 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 115 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

911

Hari ini juga merupakan sambutan Tahun Baru mengikut kalendar Koptik dan Habsyah, Hari Kebangsaan Catalonia, Hari Guru di sebahagian wilayah Latin Amerika dan Hari Patriot di Amerika Syarikat (2001).

Peristiwa

1297 – Perang Kemerdekaan Scotland Pertama: Orang Scotland pimpinan Andrew Moray dan William Wallace mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Jambatan Stirling di Sungai Forth.

1857 – Militia Mormon memimpin pembunuhan beramai-ramai sekitar 120 orang peneroka yang dalam perjalanan ke California.

1893 – Pada hari pembukaan Parlimen Agama Dunia pertama di Chicago, Swami Vivekananda memperkenalkan Hinduisme ke A.S.

1922 – Mandat British Palestin bermula.

1945 – Sebuah kem tumpuan tentera Jepun di Batu Lintang, Sarawak, Borneo dibebaskan tentera Australia, menyelamatkan lebih 2,000 tawanan perang tentera Berikat dan tahanan awam.

1961 – Pertubuhan pemuliharaan bebas terbesar di dunia Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) diasaskan di Morges, Switzerland.

1973 – Jeneral Augusto Pinochet mengetuai satu rampasan kuasa di Chile yang menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Salvador Allende.

1977 - Konsol permainan video dari Atari, Atari 2600 dilancarkan dan merupakan konsol pertama Atari yang dijual di Jepun.

1998 – Sukan Komanwel pertama di Asia, SUKOM '98 dirasmikan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

2001 – Serangan 11 September: Tiga buah kapal terbang penumpang dirampas dan digunakan untuk merempuh World Trade Center di Bandar Raya New York dan Pentagon di Washington, D.C., manakala kapal terbang ke-4 terhempas di Pennsylvania. Secara keseluruhannya, hampir 3,000 orang terkorban.

2005 – Israel secara rasminya mengisytiharkan berakhirnya pentadbiran ketenteraan di Genting Gaza, Palestin, setelah menduduki kawasan tersebut selama 38 tahun.

2007 – Paip gas milik syarikat Pemex di Mexico diletupkan oleh tentera Zapatista (EZLN).

2008 – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.

2009 – Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.

2010 – Pastor Terry Jones daripada gereja Dove World Outreach Center, Amerika Syarikat membatalkan upacara membakar al-Quran setelah mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia.

Kelahiran

1917 - Ferdinand Marcos, Presiden Filipina ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 September)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Serangan 9/11 masih segar dalam ingatan saya.. masa tu tengah makan-makan.. tiba2 mak bapak balik kelam kabut suruh tengok tv3

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon