Friday, September 15, 2017

Bahaya Pengambilan Aspirin Setiap Hari


Beberapa dekad dahulu, Jabatan Ubatan Persekutuan (FDA, Federal Drug Administration) Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan aspirin setiap hari dapat membantu mencegah penyakit jantung.

Aspirin

Sekarang, ia menyarankan agar sesiapa yang belum pernah mengalami masalah jantung agar menjauhinya.

Berita pengguna terkemas kini FDA berjudul Can an Aspirin a Day Help Prevent a Heart Attack? menyatakan, walaupun kajian sains menunjukkan pengambilan aspirin setiap hari boleh membantu mencegah serangan jantung atau strok pada sesetengah orang, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Pada perenggan berikutnya dalam artikel yang sama FDA menyatakan, “FDA membuat kesimpulan bahawa data tidak dapat menyokong penggunaan aspirin sebagai perubatan preventif (pencegahan) oleh mereka yang tidak pernah mengalami serangan jantung, strok atau masalah kardiovaskular di mana penggunaannya (selama ini) dikenali sebagai ‘pencegahan utama’.

"Pada golongan sama juga, manfaat belum dapat dibuktikan namun sebaliknya mereka terdedah kepada beberapa risiko seperti pendarahan berbahaya dalam otak atau perut.”

Langkah FDA mengeluarkan kenyataan di atas berikutan permintaan Bayer iaitu pengeluar aspirin untuk menukar kenyataan pada label bungkusan aspirin bahawa ia mampu membantu mencegah serangan jantung pada individu sihat.

Jika FDA meluluskan permintaan Bayer, pasti golongan doktor mencanangkan orang ramai yang sihat untuk mengambil aspirin secara lebih giat. Hasil jualan aspirin pada 2014 oleh Bayer mencecah 1.27 bilion dolar.

Tidak diterima pakai

Nampaknya kenyataan FDA tersebut menyebabkan saranan doktor dan pelbagai pihak yang menyokong mereka dalam menggunakan aspirin untuk mencegah serangan jantung menjadi semakin lemah atau tidak boleh diterima pakai langsung.

Selama ini ramai pakar yang mempertikai berkaitan pengambilan aspirin bukan sahaja individu sihat malah mereka yang mengalami masalah jantung.

Beberapa kajian sains terkini menunjukkan pengambilan aspirin mendedahkan pengguna beberapa kesan buruk yang serius.

Maksudnya ialah tidak kira apa pun manfaat yang terhasil daripada pengambilan aspirin sentiasa mendedahkan diri seseorang kepada risiko kesan sampingan.

Berikut ialah kesan sampingan buruk dinyatakan dalam laman sawang Mayo Clinic yang mungkin berlaku pada sesetengah orang yang mengambil aspirin setiap hari dan secara berpanjangan.

Kesan sampingan dan komplikasi hasil pengambilan aspirin setiap hari ialah strok berpunca daripada saluran darah bocor, pendarahan gastro-usus, tindak balas alahan dan telinga berdesing (tinnitus).

Pengambilan aspirin secara berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan tinnitus malah boleh menyebabkan pekak!

Kesan sampingan buruk tersebut boleh dibaca secara atas talian di laman sawang Mayo Clinic daam artikel berjudul Daily aspirin therapy: Understand the benefits and risks.

Pengambilan aspirin mendedahkan individu kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti yang dipaparkan dalam laman sawang Drugs.com.

Sebahagian besar kesan sampingan buruk hasil pengambilan aspirin yang dipaparkan di situ tidak disebutkan oleh Mayo Clinic (sila rujuk perenggan di atas).

Kesan sampingan yang dinyatakan oleh artikel Mayo Clinic yang bertindan dengan kesan sampingan yang dipaparkan oleh Drugs.com tidak akan diulang.

Drugs.com memaparkan kesan sampingan buruk berikut.

Di bawah kesan sampingan gastro-usus, aspirin dipercayai boleh menyebabkan appencitis (apendiks mengalami inflamasi), sakit perut, sakit ulu hati, loya dan muntah.

Masalah yang lebih serius boleh berlaku pada gastro-usus ialah ulser (termasuk ulser menjadi lebih teruk), pendarahan saluran gastro-usus, saluran gastro-usus bocor, ulser saluran esophagus dan penyakit usus besar.

Pengambilan aspirin dipercayai menyebabkan fungsi buah pinggang berkurangan dari segi penurunan kadar kecekapan penapisan bahan kimia oleh glomeruli.

Kesan sampingan ini tidak dinyatakan dalam artikel Mayo Clinic yang disebutkan di atas.

Hepatitis dalam bentuk ketoksikan organ hati dan cholestatic hepatitis juga merupakan kesan sampingan buruk aspirin.

Cholestatic hepatitis ialah sejenis keadaan di mana cecair hempedu tidak dapat mengalir masuk ke duodenum lalu menyebabkan hati bengkak atau mengalami inflamasi.

Dari sudut onkologi (ilmu berkaitan kanser) pengambilan aspirin didapati boleh menyebabkan kanser pankreas.

Beberapa kajian epidemiologi memberi kesimpulan bahawa pengambilan aspirin secara kronik mengurangkan pembentukan neoplasm (pertumbuhan tisu baru bersifat kanser) usus besar manakala beberapa kajian lain menunjukkan sebaliknya.

Drugs.com juga menyatakan, aspirin menyebabkan kesan sampingan metabolik. Ini juga tidak disebut dalam artikel Mayo Clinic.

Kesan sampingan metabolik yang dimaksudkan termasuk dehidrasi (kekurangan air) dan hyperkalemia (peningkatan paras ion kalium dalam darah).

Ia juga menyebabkan alkalosis dan asidosis respiratori (sistem pernafasan) terutama ketika seseorang mengalami ketoksikan salicylate.

Kesan berhenti aspirin

Seorang pesakit yang menjalani hemodialysis juga dilaporkan mengalami hipoglisemia (paras gula darah rendah). Salycylate juga didapati meningkatkan kepekatan paras thyroxine T4 darah.

Seperti dinyatakan oleh Medicinenet.com, dos atau sukatan ambilan harian aspirin ialah pada julat 50 hingga 6000 miligram iaitu bergantung kepada jenis penyakit yang dialami oleh seseorang (dewasa).

Drugs.com membawakan contoh di mana seorang wanita berusia 29 tahun yang biasa mengalami migrain telah mengalami sakit dada, tachycardia (degupan jantung menjadi amat pantas) dan orthopnea selepas mengambil aspirin pada dos 1,500 miligram setiap hari selama beberapa hari. Selepas berhenti terapi aspirin, simptom yang dialami terus hilang.

Aspirin juga dipercayai menyebabkan masalah sistem saraf termasuk agitasi (resah), edema selebra (selebra berair), koma, keliru, pitam, pendarahan otak, kurang bermaya (lethargy) dan sawan.

Selain itu ia dipercayai menyebabkan Sindrom Reye dan kemusnahan sel-sel otot (rhabdomyolysis).

Beberapa kesan sampingan buruk lain ialah paras gula darah meningkat, paras gula darah berkurangan, sesak nafas, edema paru-paru (paru-paru berair) serta bengkak pada tisu sekeliling mata.

Ingatlah, sesuatu jenis ubatan moden yang telah lama digunakan misalnya aspirin yang telah digunakan selama lebih 100 tahun dan boleh dibeli dari mana-mana tanpa preskripsi doktor tidak semestinya tidak berbahaya atau tidak menimbulkan kesan sampingan buruk.

Aspirin alternatif, cuka epal, cuka tamar, suplemen vitamin C dos tinggi, hirisan buah mengkudu masak, halia, kunyit dan cili.

Sebiji limau nipis tua yang dibelah dan direndam semalaman dalam secawan air yang diambil setiap hari juga membantu.

*Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G) - Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

BACA INI JUGA: Apa Perbezaan Antara Ubat Dan Supplement (Vitamin)?

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon