Monday, September 11, 2017

Apa Yang Berlaku Kepada Telur Di Pecahkan Dalam Laut Akhirnya Terungkai


Persoalan mengenai bagaimana keadaan telur ayam mentah apabila dipecahkan di dalam laut akhirnya terjawab apabila seorang pengkaji menjalankan eksperimen bagi mendapatkan jawapannya.

Telur laut

Memetik laporan LiveScience, seorang pengkaji yang mengenakan pakaian renang serta lengkap dengan peralatan menyelam telah membawa sebiji telur dan pisau ke dasar laut.

Telur ayam mentah yang dibawa kemudian dipecahkan menggunakan pisau secara perlahan.

Setelah telur dipecahkan, ternyata putih dan kuning telur tidak berpisah.

'Mereka' tetap 'melekat' dan tidak terpecah dengan air laut.

Berdasarkan keterangan video, tekanan air yang berlaku di dasar laut berkenaan dipercayai telah melindungi putih dan kuning telur daripada 'berpisah'.

Video yang disiarkan sejak beberapa tahun lalu telah ditonton oleh hampir 5 juta orang.

BACA INI JUGA: Persoalan Telur Atau Ayam Terlebih Dahulu Wujud Akhirnya Terjawab


sumber: sinarharian

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon