Thursday, July 13, 2017

Mel B Dilaporkan Muflis, Terpaksa Mengemis Bantuan Rakan-rakan


Anggota kumpulan Spice Girl, Mel B, dilaporkan muflis selepas mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Stephen Belafonte.

Mel B Muflis

Menurut laporan Daily Mail, Mel B, dikatakan terpaksa meminta bantuan rakan-rakannya menjelaskan tunggakan hutang rumah yang baru dibelinya.

"Mel B baru saja membayar deposit wang untuk membeli rumah di Los Angeles yang berharga RM8 juta.

"Dia juga risau akan kehilangan rumah tersebut jika tidak dapat membayar baki hutangnya yang ada sekarang ini memandangkan dia mempunyai masalah kewangan yang amat serius.

"Semua orang sudah tahu keadaan kewangan Mel kini sangat teruk dan jika dia gagal mendapatkan rumah tersebut, maka keadaannya akan menjadi semakin parah.

"Akibat daripada itu, Mel terpaksa meminta bantuan daripada rakan-rakanya untuk menyelesaikan masalah yang dialami olehnya," kata sumber.

Tambah sumber, Mel B kini sedang berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin duit daripada rakan-rakanya yang sudi membantu.

10 Tahun Didera Suami Ganas

Mel B Fail Cerai

Sebelum ini, Mel B membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa suaminya, Stephen Belafonte berkelakuan ganas sejak tahun pertama mereka berkahwin pada 2007.

Daily Mail melaporkan, Mel B mendapatkan perintah larangan daripada mahkamah selepas mendakwa Stephen memukulnya, menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.

Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu turut mendapatkan perintah mahkamah bagi menuntut Stephen menjauhinya serta tiga anak mereka.

Mel mendakwa ditumbuk, dicekik dan dihempas ke lantai ketika dia membuat persiapan untuk sebuah rancangan televisyen iaitu Dancing With The Stars.

Memetik laporan TMZ, Mel mendakwa bibirnya pecah akibat ditumbuk suaminya selepas rakaman Mel dengan Usher pada 2012.

Selain penderaan fizikal itu, Mel mendakwa Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu.

Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000.

Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan.

Jelasnya, tindakan Stephen menderanya sebagai peringatan kepada Mel bahawa suaminya itu lebih berkuasa walaupun Mel sudah berjaya.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

1 comment

  1. Kesian juga kisah dia ni... selalu tengok dia ni kat America's Got Talent

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon