Friday, April 07, 2017

Buku Novel Sultan Muhammad Al-Fateh, Pemimpin Terbaik Yang Pernah Diramal Rasulullah SAW

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” -Ahli Sejarah Byzantine


Kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menawan kota yang paling kebal pada abad pertengahan, Kota Konstantinopel.

Kota ini dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali.

Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh), "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.

Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh.

Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom.

Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya.

Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman.

Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.

Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

***

Nota editor: Novel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dapatkan buku novel kisah sejarah kehebatan pemimpin yang diramal Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera dalam sejarah Islam di BC.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Siapa Orientalis Dan Serangan Intelektual Terhadap Islam

sumber: BC

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon