Monday, April 10, 2017

Misteri Pintu Kaca Balai Polis Melaka Terbuka Sendiri!


Satu kejadian pelik dan misteri tercetus apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir, Melaka, terbuka sendiri yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Misteri Pintu Kaca

Rakaman video berdurasi 73 saat yang viral di media sosial menunjukkan dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Berdasarkan rakaman CCTV, insiden misteri tersebut berlaku kira-kira pukul 4.21 pagi pada Khamis minggu lalu (6/4/2017), dengan tiga anggota polis secara kebetulan sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral menerusi media sosial.

Pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut, bagaimana rakaman CCTV di balai polis itu boleh menjadi viral melalui media sosial.

“Saya sahkan pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya.

"Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” kata beliau.

Misteri kan!


BACA INI JUGA: Misteri Puaka Di Berkeley Square

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. bila viral mcm ni mmg syoik la tonton...walau pun seram

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon