Monday, April 10, 2017

8 Makanan Yang Perlu Dielak Dan Dijauhi Ketika Hamil

Loading...

Terdapat beberapa jenis makanan yang ibu-ibu perlu elak untuk mengelakkan sebarang risiko kepada ibu dan bayi.

Makanan Perlu Dijauhi

Jadi, untuk menjamin kesihatan ibu serta perkembangan bayi yang sihat, ibu-ibu perlu mengambil berat pemakanan sepanjang waktu kehamilan.

Jom saya kongsikan sedikit panduan untuk ibu-ibu yang hamil.

1. Makanan mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu kerana pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

Toxoplasmosis

Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit

Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing

Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan

Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

2. Vitamin A

Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi.

Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah.

Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

3. Raksa

Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi.

Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

4. Gula

Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil.

Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

5. Makanan yang diproses

Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi.

Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

6. Produk tenusu

Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang.

Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan, begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

7. Kacang tanah

Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

8. Telur kuning

Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella.

Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi.

Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

BACA INI JUGA: 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Dan Penjelasan Faktanya!

sumber: cikjatt

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon