Friday, March 31, 2017

Adegan Cium Bibir Nora Danish Dan Nedim Selepas Pernikahan Melampau?!


Bagi yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara, pasti ada perasan satu adegan si pasangannya, Nedim Nazri cium bibir isterinya sejurus selepas mereka selamat diijabkabulkan.

Cium Mulut Nora Danish

Rata-rata netizen kecoh mengatakan perbuatan mereka berdua itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum memandangkan itu merupakan majlis agama yang mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Menurut pendakwah terkenal, Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haslin Bollywood apabila diminta pendapat dan pandangan beliau mengenai isu tersebut, secara adabnya tindakan itu tidak sesuai langsung dilakukan di khalayak ramai walaupun selebriti terkenal berkenaan sudah pun selamat sah bergelar sebagai suami isteri.

Dengan status Nora Danish sebagai artis dan Nedim Nazri sebagai anak kepada seorang ahli politik, perkara itu mungkin menjadi ikutan kepada mereka yang meminati mereka khasnya remaja.

“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

"Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,” kata Haslin lagi.

Mengulas pula tentang busana yang digayakan oleh Nora semasa majlis pernikahannya, beliau berkata, dalam Islam sememangnya melarang wanita memakai pakaian yang jarang dan menampakkan susuk badan.

Ia ibarat berpakaian tetapi terlanjang. Tambah beliau, ajaran Islam sangat menitikberatkan tentang cara berpakaian, waima seorang wanita itu bertudung, tetapi pakaiannya ketat, jarang dan tidak mengikut syiar Islam, ia tetap haram.

USTAZ HASLIN BAHARIM

Ujar Haslin, memang tiada kompromi dalam bab tersebut di sebalik tanggapan konon ia hanya sekadar fesyen.

“Nabi SAW sendiri pernah menegur Siti Asmah (kakak ipar baginda) yang memakai baju agak jarang dan meminta tukar dengan memakai pakaian yang lebih tebal sehingga tidak menampakkan tubuhnya,” kata beliau.

Menjelaskan pula isu tentang segelintir pihak yang mendakwa bahawa busana Nora itu menyerupai pakaian Kristian, Ustaz Haslin berkata, memang ramai yang suka meniru gaya Barat.

Tanpa diketahui sendiri, bahawa ia adalah gaya kaum Nasara dan kita sebagai umat Islam sebenarnya jelas tidak boleh meniru mana-mana gaya kaum lain.

Tambah beliau, Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang maksudnya bahawa: “Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada kalangan mereka.”

Nora Danish Seksi

Sekadar renungan semua, Ustaz Haslin turut memetik satu hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong.

“Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Riwayat Muslim)

Apa-apa pun, semoga pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

sumber: mynewshub

4 comments

  1. Ngeri,jijik tengok dia cium, macam dah lamaaaaa "tak dapat" mana adab sopan.

    ReplyDelete
  2. Walaupun dah kahwin.. dah halal.. kena kawal juga nafsu tu.. Kan ramai orang tu, lagi pun anak2 ada kat sebelah

    ReplyDelete
  3. bangga la tu..kawin gaya kafir..otak kat lutut..

    ReplyDelete
  4. ikatan pernikahan yang suci tercemar kerana perkara-perkara kecil yang tidak dijaga dan diambil ringan saja. macam mana nak datang keberkatan dalam perkahwinan kelak? fikirkanlah wahai artis2 yang banyak sangat mengikut budaya barat termasuklah dalam hal-hal yang sangat sensitif seperti pernikahan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon