Thursday, November 24, 2016

Zhao Yaqi Mohon Maaf, Skandal Terbaru Lin Dan Terbongkar Lagi?!


Model dan pelakon, Zhao Yaqi yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan jaguh badminton dunia, Lin Dan akhirnya tampil memohon maaf.

Zhao Yaqi

Zhao Yaqi menyatakan permohonan maafnya itu di hadapan pihak media dalam satu sesi sidang media yang diadakan Selasa lalu.

“Perbuatan saya telah memberikan gambaran buruk kepada semua orang. Ahli keluarga saya juga turut menerima tempias disebabkan perlakuan saya.

“Saya tidak dapat memaafkan diri di atas kesalahan ini. Saya langsung tak fikir yang perbuatan saya boleh melukakan hati orang lain.

“Saya tak beri maklum balas sejak perkara ini terbongkar kerana berasa sangat takut, bersalah dan tidak tahu macam mana cara nak menghadapinaya.

“Namun, selepas melihat pelbagai kritikan di Internet, saya perlu tampil ke hadapan bagi memohon maaf dan memperbetulkan keadaan.

“Saya tidak mahu pihak yang tidak bersalah dalam hal ini merasa terluka,” katanya.

Lin Dan sebelum ini juga sudah membuat permohonan maaf menerusi akaun sosial Weibo miliknya, sehari selepas video kecurangannya tersebar.

Sebaik sahaja gambar-gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina, "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada mereka."

Kisah skandal Lin Dan tersebar dua minggu selepas isterinya, Xie Xingfang selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 5 November lalu. -Mynewshub

Lagi Hubungan Sulit Lin Dan Terbongkar

Selepas hubungan sulitnya dengan seorang model terbongkar, bintang badminton China, Lin Dan dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang lagi wanita ketika isterinya Xie Xingfang sedang mengandung anak pertama mereka, lapor Sin Chew Daily.

Memetik laporan sebuah laman web hiburan Quan Ming Xing Tan, akhbar tersebut mendakwa Lin Dan turut mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain badminton di sebuah universiti di Beijing.

Wanita itu yang dikenal pasti sebagai Li Zhi dipercayai memadam banyak gambar dan tulisannya di Weibo termasuk gambar bersama Lin Dan baru-baru ini. -mStar

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon