Nov 12, 2016

Serbuk Kayu Manis Mampu Redakan Kembung Perut

Kajian mendapati pengambilan kayu manis mampu meredakan masalah kembung perut, selain dapat memperbaiki masalah ketidaklawasan sistem pencernaan yang dihadapi oleh seseorang individu.

Serbuk Kayu Manis

Menurut pakar nutrien dan pemakanan dari Australia, Kourosh Kalantar-zadeh, kayu manis yang diambil dalam bentuk serbuk mampu menurunkan kadar karbon dioksida dalam perut.

Kandungan bahan semula jadi yang terdapat di dalam kayu manis menyebabkan suhu pada perut dan tubuh berada dalam keadaan seimbang sebelum akhirnya melancarkan sistem pencernaan seseorang itu.

“Ramai yang tidak sedar pengambilan kayu manis dapat membantu dinding perut dan usus kecil untuk menyerap makanan dengan baik serta konsisten.

“Bukan itu sahaja, kayu manis juga dapat menurunkan kadar asid dan pepsin dalam usus selain membantu melancarkan pengaliran darah di dinding perut,” jelasnya.

Menurut Kourosh lagi, menerusi kajian yang dijalankan, mereka mendapati pengambilan 1 gram kayu manis sehari dapat memberi manfaat pada kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, pengambilan kayu manis secara berlebihan iaitu melebihi 6 gram sehari pula akan bertukar menjadi racun di dalam tubuh seseorang.

BACA INI JUGA: Punca Dan Cara Merawat Masalah Angin Dalam Badan

Sumber: Kosmo

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon