Tuesday, November 08, 2016

Nora Danish Dikecam Minta Dikecualikan Cukai?


Gara-gara meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mempertimbangkan memberi pelepasan cukai kepada golongan selebriti, pelakon Nora Danish, teruk dikecam netizen berikutan kenyataannya itu.

Nora Danish LHDN

Nama Nora Danish menjadi trending di laman mikro Twitter kerana ramai netizen tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan aktres itu.

Menurut mereka, bukan hanya golongan selebriti sahaja yang perlu berpenampilan menarik sebaliknya semua pekerjaan menuntut kriteria sebegitu.

Susulan kenyataan itu juga, teruk Nora dikecam, malah ada yang mengaitkan ungkapan ‘beauty with no brain’ (cantik tapi tak bijak) terhadap aktres cantik itu.

Seorang pengguna Twitter, @denitoazhar berkicau, “Congrats for showing you are just pretty and not smart, Nora Danish (tahniah kerana membuktikan yang anda hanyalah gadis cantik, tapi tak bijak, Nora Danish).”

@siggplus pula menulis, “Aku harap Nora Danish tuntut jugak cukai pelepasan untuk kebodohan.”

Ian Zainal pula mengaitkan apa sumbangan yang diberikan Nora sehingga dia meminta diberikan pelepasan cukai.

“By the way, apa sumbangan Nora Danish pada negara sampai minta pelepasan cukai? Dalam industri pun samar-samar je.”

Sementara itu, Nora yang mengetahui dirinya menjadi kecaman sesetengah netizen, tampil menulis di ruangan komen di laman Instagram mendakwa kenyataannya itu telah disalah tafsir oleh pihak media yang menulis.

NORA+DANISH+BAYAR+CUKAI

Menurutnya, “Ni mesti ada salah penulisan mana-mana. Saya tak pernah minta pelepasan cukai malah saya kata semua haru bayar cukai.”

“Isu LHDN, tak buat salah pun kena marah. Ni mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Takpa, i’m on the way back home, Nora akan check siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulis ibu kepada Putra Raqyal Ramli ini lagi.

Kenyataan Nora dalam sebuah akhbar harian meminta LHDN mengecualikan cukai buat golongan selebriti kerana mendakwa pekerjaan mereka menuntut untuk sentiasa berpenampilan kemas dan menarik.

Golongan artis terpaksa berbelanja besar bagi tujuan tersebut dan disebabkan itu dia mengutarakan cadangan tersebut seperti mana yang tercatit dalam artikel terbabit.

Isu masalah cukai menjadi bualan hangat selepas pelakon Rozita Che Wan disekat daripada terbang ke luar negara gara-gara tidak menyelesaikan tunggakan cukai miliknya baru-baru ini. -Mynewshub

Nora Danish Minta Pelepasan, Bukan Pengecualian

Nora Danish Cukai

Kita faham point Nora. Dia bukan minta dikecualikan dari cukai. Dia minta pelepasan. Maksudnya cukai yang dia perlu bayar setiap tahun itu dikurangkanlah dari jumlah biasanya.

Sebab dia dah berbelanja banyak, mahal-mahal pula tu atas pelbagai jenis produk kecantikan diri yang perlu juga dia beli kerana sebagai artis penting untuk dia menjaga kecantikan diri. Pembelian ke atas barangan itu patut diserap sebagai kos, modal untuk kerjaya dia.

Contoh. Tukang gunting. Modal dia bukan sekadar sewa, bil elektrik, air, gaji pekerja, gunting, sikat, kerusi, cermin juga adalah kos kerja dia bagi membolehkan dia beroperasi sebagai tukang gunting yang berjaya.

Dan bagi Nora, artis sepertinya perlu kepada produk-produk kecantikan agar dia kekal cantik untuk membolehkan dia meneruskan kerjayanya.

Dia menjadi duta pelbagai jenis produk. Dan ada produk kecantikan juga. Walaupun dia jadi cantik guna produk lain, tapi dia promote produk lain. Hehe..

Dan pembelian produk-produk ini patutlah dianggap sebagai kos kerjaya dia. Dan apa salahnya dia minta pelepasan cukai kerana dia beli barang-barang tu untuk memastikan dia terus relevan dalam kerjaya sebagai artis. Ini maksud dia.

Kita faham. Kos dia semakin meningkat. Kos membeli barangan kecantikan branded dan mahal itu semakin mahal.

Tetapi dia tak patut minta pelepasan cukai juga. Sebaliknya dia boleh minta bakal bapa mertua dia yang gila tu. Tolong bayarkan.

Sebab bakal bapa mertua dia;

Nazri+Aziz

Tu dia.

Bila ringgit jatuh, harga barangan kecantikan branded luar negara meningkat. Maka Nora perlu keluarkan lebihan wang bagi mendapatkan produk yang sama. Apatah lagi produk-produk segala bagai ni pula dah ada GST.

Walaupun dia nampak macam kaya, dia sendiri pun secara tak langsung menunjukkan satu pemikiran kepada public, bahawanya dia terjejas dengan situasi ekonomi semasa.

Tanpa sedar, Nazri Aziz dah menyusahkan famili (atau bakal famili) dia. Paling gembira hotak kau.

Nora sampai harapkan pelepasan cukai kerana harga barang-barang kecantikan dia dah meningkat bagai sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni.

Faham tak?

Ini sebab dia, walaupun Nora Danish tak pernah bercerita pada aku. Pandai-pandai la korang nak percaya ke tak. -Amenoworld

BACA INI JUGA: 'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

5 comments

  1. Org ramai dah makin sesak poket dah skrng ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara jelasnya nilai wang semakin mengecil kan KK

      Delete
  2. Hurm... belilah make-up mampu milik tak yah arrr... beli mahal-mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis mana nak pakai low class punya brand hehe..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon