Wednesday, October 05, 2016

Smartphone Google Pixel Terbaharu, Kamera Terbaik Dan Storan Tanpa Had!


Google akhirnya melancarkan telefon pintar baru, Google Pixel yang dibina dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) untuk menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premium jenamanya sendiri.

Google Pixel

Google Pixel juga mempunyai program khas untuk memudahkan pengguna menukar sistem operasi, contohnya dari iPhone ke Android, dengan hanya memindahkan kenalan, kandungan dan juga iMessages.

Tampil sebagai telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant, ia mempunyai simpanan tanpa had untuk gambar dan video, serta serasi dengan Daydream, platform realiti maya syarikat itu.

Dengan menghasilkan perkakasan dan perisian Android, Google memberi cabaran secara langsung kepada Apple dan ekosistemnya yang dikawal ketat.

Google Pixel turut menyertakan kamera terbaik pada telefon pintar, menerima skor DxO paling tinggi buat masa ini untuk telefon pintar.

Google Pixel

Di media sosial, netizen memberi pandangan yang positif dan teruja dengan beberapa ciri yang ditawarkan oleh Google Pixel.

Antara ciri yang menarik perhatian netizen ialah simpanan tanpa had untuk gambar dan video, fungsi rakaman kamera yang terbaik, integrasi Google Assistant, penyertaan aplikasi Duo secara terbina dan jangka hayat bateri yang lama.

Mereka turut berpendapat, Google Pixel merupakan pesaing yang hebat di pasaran untuk iPhone dan Samsung. -Astroawani

Harga Dan Spesifikasi Google Pixel

Spesifikasi Google Pixel

Google Pixel secara rasminya menggantikan Google Nexus sebagai anak emas Google dengan memperkenalkan dua varian Google Pixel yang berlainan saiz iaitu 5.5 inci dan 5.0 inci.

Sebagai telefon yang merintis legasi Pixel, ia menerima pelbagai perkara baru.

Pixel akan menjadi telefon pertama yang menerima Google Assistant. Ia adalah Google Now yang telah dinaik taraf untuk membantu penggunanya pada bila-bila masa dan tidak mengira tempat.

Google mensasarkan untuk mewujudkan sistem Google yang disuaikan dengan pengguna itu sendiri.

Antara perkara yang paling menarik dalam acara Google Pixel adalah Google Assistant. Menurut mereka, perisian Google Assistant merupakan perisian AI yang boleh mengadaptasi dirinya dengan pengguna.

Kamera Terbaik

Kemudian, telefon ini dimaklumkan telah berjaya mencapai markah penilaian DxOMark paling tinggi dalam sejarah telefon pintar hasil daripada kerja keras jurutera Google dalam membangunkan komponen optikal Google Pixel.

Google menampilkan kamera Pixel dengan kamera 12.3 MP dan mendapat rating 89 dari DXOMark. Menurut mereka, rating fotograpi Pixel merupakan yang terbaik berbanding telefon pintar lain.

Kamera 'Tercantik'

Ia kini telah menewaskan Samsung S7 yang telah sekian lama menduduki takhta kamera telefon paling cantik bersama-sama HTC 10 dan Xperia X Performance.

Jangka Hayat Bateri

Menurut Google, bateri Pixel boleh bertahan selama 7 jam setelah dicas selama 15 minit!

Google Pixel dikuasakan oleh bateri berkuantiti 2,770 dan 3,450 mAh.

Storan Tanpa Had

Kamera yang cemerlang memerlukan ruang penyimpanan yang besar kerana gambar-gambar yang cantik semestinya memakan ruang storan yang luas.

Oleh sebab itu, pengguna Google Pixel akan menikmati ruang penyimpanan tanpa had.

Bukan itu sahaja, gambar atau video yang dimuat naik untuk disimpan tidak akan dimampatkan, sebaliknya ia kekal seperti sewaktu gambar atau video diambil walaupun video tersebut beresolusi 4K.

Google Pixel didatangkan dengan 4GB RAM, 32GB/128GB storan dan disokong oleh dua cip pemprosesan 2.15GHz berteras empat.

Sokongan Pelanggan 24/7

Pelanggan Google Pixel boleh mendapatkan sokongan khidmat pelanggan tanpa had 24/7. Tapi tidak pasti sama ada ciri ini akan dibuat di Malaysia kelak.

Permesejan Pintar

Google Allo dan Duo dipasang sedia pada setiap peranti Pixel kelak. Mereka adalah aplikasi komunikasi hasil tangan Google sendiri.

Allo adalah aplikasi permesejan yang pintar yang memiliki fungsi AI yang boleh memahami konteks perbualan kita dan pihak satu lagi.

Apabila diperlukan, ia akan mencadangkan maklumat yang berkaitan. Duo pula adalah aplikasi berbual yang ringkas dan mudah digunakan.

Realiti Maya, Day Dream

Google Pixel

Perkara terakhir yang pengguna perlu tahu tentang Google Pixel adalah ia adalah yang pertama menyokong teknologi, Day Dream.

Day Dream jika digandingkan dengan gogal kepala akan meningkatkan pengalaman menonton penggunannya.

Di Amerika Syarikat, harga telefon ini bermula dengan $649 (RM 2,692) untuk varian paling rendah dan sehingga $749 (RM 3,107) untuk varian paling premium. -Theskop

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon