Monday, October 24, 2016

Permainan Baru Nintendo Switch Boleh ‘Main’ Di Mana Saja!


Nintendo, syarikat permainan video Jepun yang terkenal, mendedahkan sistem permainan baru yang dinanti-nantikan, Nintendo Switch.

Nintendo Switch

Nintendo Switch boleh digunakan sebagai konsol biasa atau pada alat mudah alih lain yang bermakna pengguna boleh menggunakannya di rumah atau di mana sahaja.

Nintendo Switch merupakan satu ciptaan yang hebat dan bakal menjadi role model untuk konsol-konsol lain di masa akan datang.

Mengapa begitu? Ianya ada pada nama Switch itu sendiri. Konsol ini dapat dimainkan di TV dan juga secara portable! YES.

Walaupun Nintendo baru-baru ini mengumumkan yang mereka akan mencipta game untuk smartphone bermula tahun hadapan, tetapi Switch mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Nintendo mengeluarkan trailer 3 minit berkenaan betapa hebatnya Nintendo Switch ini. Ianya direka untuk anda bermain di TV rumah secara santai.

Tetapi bagaimana jika anda perlu outstation tetapi anda tetap mahu main permainan video anda?

Anda switch sahaja kepada skrin mudah alih, lekatkan controller pada sisinya dan terus sambung bermain secara portable!

Dan kalau anda nak main dengan rakan anda, controller sisi boleh dicabut untuk jadikan dua controller berbeza. COOL.

Ianya satu berita gembira untuk gamers on the go. Ehem.

Dengan konsep ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengusung konsol yang besar ke mana sahaja anda pergi dan jika konsol traditional, anda memerlukan TV atau skrin untuk bermain. Namun, tidak bagi Nintendo Switch!

Buat masa ini, Nintendo Switch tidak menyokong permainan video discs untuk Wii dan katrij 3DS walaupun bentuknya ketika mod portable seperti nintendo 3DS.

Sebagai permulaan, antara permainan yang pertama akan keluar untuk Nintendo Switch adalah The Legend Of Zelda, Breath Of The Wild. YES, please take my money now.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai Nintendo Switch dikeluarkan buat masa ini namun berita terbaru ini sudah cukup untuk membuatkan para gamers teruja.

Nintendo Switch akan berada di pasaran seawal bulan Mac tahun hadapan.

Jadi, sebagai persediaan bolehlah anda menabung terlebih dahulu. Enjoy!

BACA INI JUGA: Legasi Permainan Game Boy Yang Akhirnya Berkubur

Sumber: Thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon